28 June 2011

SELAMAT MENYAMBUT HARI ISRA' MIKRAJ..

Assalamualaikum..

Esok adalah 29 Jun 2011.

Lagi?? Esok hari apa? Kena taahu buat umat Islam sebab ini tarikh bersejarah buat kita umat Islam.

Esok bersamaan 27 Rejab 1423 Hijrah adalah hari bersejarah di mana peristiwa ini titik tolak kepada turunnya perintah solat lima waktu yang pada asalnya adalah sebanyak 50 waktu. Nabi Muhammad s.a.w. telah memohon kepada Allah supaya dikurangkan waktu solat kerana bimbang umatnya tidak mampu menunaikannya. Terdapat banyak lagi peristiwa penting dalam Isra' Mikraj ini yang berlaku dalam satu malam sahaja. Namun, apa yang aku nak tekankan di sini ialah mengenai tuntutan solat kerana ia sangat penting dalam Islam. Barangsiapa meninggalkan solat ibarat dia meruntuhkan tiang agama.

"SELAMAT MENYAMBUT HARI ISRA' MIKRAJ"

Mulakan hari kita mulai saat ini mengikut syariat agama dan hayati ibrah di sebalik peristiwa ini.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...