Inilah antara bahan-bahan yang diperlukan untuk popia yang boleh dapat dalam 100 keping lebih kurang.
BAHAN-BAHAN UNTUK INTI POPIA
- 1 kilogram keladi bersaiz agak besar + disagat
- 100 keping kulit popia
- 5- 6 keping dada ayam yang dicincang
- 2 labu bawang putih ditumbuk
- 10 biji bawang merah ditumbuk
- 1 biji bawang besar ditumbuk
- sebatang lobak merah diparut
- 2 camca besar lada hitam ditumbuk
- 2 camca besar gula
- garam secukup rasa
- kulit popia (untuk balut inti popia)
- sebiji telur (sebagai gam untuk balut inti popia)
CARA-CARANYA :
Campurkan saja kesemua bahan di atas. Setelah bahan sebati dan cukup rasa, terus bungkus dengan kulit popia. Semasa proses membuka kulit popia dari plastik pembungkus, pastikan kipas angin ditutup supaya kulit mudah dibuka dan tidak keras dan kering.
Inilah proses yang aku buat....
Keladi disagat |
Bawang putih + bawang merah + bawang besar ditumbuk |
Lada hitam ditumbuk |
Lobak merah diparut |
Proses menggaul semua bahan |
Dada ayam sebelum dicincang |
Hasil campuran kesemua bahan |
Proses melipat popia |
Popia yang telah siap dilipat |
Dah siap, bolehlah simpan dalam bekas kedap udara dan simpan dalam peti ais.
Nak makan, barulah goreng.
Mana rupa popia yang dah digoreng??
Maafla lepas siap buat kuih popia ni, aku n mama tak sempat nak goreng
sebab masa tu dah masuk waktu Maghrib..
Huhu. Sama je rupa macam popia lain yang dah digoreng.
***
BAHAN-BAHAN UNTUK KUAH PENCICAH
- 2 camca besar sos sotong
- 3 biji limau kasturi
- 5 ulas bawang putih ditumbuk
- 3-5 biji cili merah dikisar
- kacang tanah (digoreng + ditumbuk)
- cili padi
- garam
- gula
CARA MEMBUATNYA:
Untuk kuahnya, sos sotong agak masin. Jadi, bila dah siap campur kesemua bahan, perlu ditambah air sedikit bila nak dihidangkan dengan popia yang dah siap digoreng. Lebihan kuah boleh disimpan dalam peti ais sebagai stok untuk djadikan pencicah popia. Tahap masam, manis dan masin kuah terpulang pada anda yang nak menikmatinya...
P/s : Gambar untuk kuah pencicah aku tak sempat buat sebab dah tak sabar nak makan popia sampaikan nak habis popia walaupun takde kuah pencicah :)
SELAMAT MENCUBA!!
^____^
2 comments:
Assalamualaikum,, lg satu kk dbh lupa,, telur mna? untuk gamkan kulit popia tuh.,.
owh..a'ah
Post a Comment