25 April 2016

Bahan Bantu Mengajar kelas tahun 2.

  

 Alhamdulillah. Siap akhirnya bahan untuk mengajar esok hari. Harapnya para pelajar saya dapat menyelesaikan tugasan ini dengan jayanya. Sebenarnya sebelum ini pernah saja buat aktiviti berkumpulan macam ni dalam kelas. Selalunya, dalam sebulan mesti buat sekali. Motifnya sebab nak memupuk semangat kerjasama dalam kumpulan di samping meningkatkan daya pemikiran para pelajar.

   Bagi kali ini, bahan bantu mengajar yang saya buat adalah untuk mata pelajaran Al-Quran iaitu berkaitan dengan hukum tajwid 'Nun Sakinah' dan 'Mim dan Nun Syaddah'. Kalau sebelum ni mereka hanya membuat latihan mencari dasn menulis ayat Al-Quran yang mengandungi hukum tajwid di dalam Al-Quran, tetapi kali ini saya menukar kepada konsep mengkelaskan ayat-ayat Al-Quran mengikut hukum tajwid yang telah ditetapkan. 

   Antara langkah-langkah gerak kerja yang bakal berlangsung esok hari adalah seperti yang telah saya sediakan seperti gambar di bawah :

Lakaran peta minda berbentuk pokok. 

Nasib baik menjadi juga pokoknya, sebab tangan dah lama tak melukis ni.

Membahagikan dahan pokok kepada lima hukum tajwid bagi nun sakinah.

Siap untuk enam kumpulan.

Jawapan yang disediakan buat para pelajar 

yang perlu dikelaskan semula mengikut kumpulan.


Contoh tugasan yang pelajar bakal siapkan adalah seperti ini.

Hukum tajwid bagi hukum 'mim dan nun syaddah'. 

Pelajar mencari hukum nun dan mim syaddah daripada Al-Quran 

dan menulis di tempat kosong.

************

Selesai perancangan untuk esok. Moga para pelajar bersemangat melakukan aktiviti ini :)
Allahu yusahhilni.

Saya kembali!

 
Banyak betul pengalaman yang dikutip selama hampir empat tahun aku sambung belajar. Lebih kurang sama tempoh blog ni bersawang. Kekangan masa, tenaga dan kerajinan. Kali ni, baru teringat dan berpeluang jenguk balik blog ni. Ingatkan macam nak padam terus blog, tapi rasa sayang pulak. Banyak kenangan yang aku kongsi dan bila baca balik boleh buatkan diri aku termotivasi. Lebih kurang macam diari aku la jugak ni. Jadi, selepas ni bolehlah aku mula mengaktifkan kembali diri dalam bidang penulisan ni. Hingga ketemu lagi andai diberi nafas lagi.

14 April 2014










Di kala musibah Allah berikan pada kita, sempatkah kita cuba untuk menghalangnya?
Saat itu, andai kau baru mula sedar dosa-dosa lalu, maka bersyukurlah lantaran masih punya sedikit rasa gerun dan menyesal atas dosamu. Yang ditakuti pabila kau masih megah, angkuh dan sombong dalam menghadapi ujian-Nya. Kadangkala cara Dia menegurmu begitu halus. Kadangkala, Dia menegur tanpa kau sedari. Tapi awas, pabila tegurannya datang tiba-tiba maka bersedialah.
Sungguh, Allah la tempat kita mengadu.

Firman Allah Ta'ala:

إِنَّ رَبَّكَ فَعَّالٌ لِمَا يُرِيدُ
Sesungguhnya Tuhanmu Berkuasa Melakukan Apa Yang Dia Kehendaki
[Surah Hud: 107]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...