03 July 2011

Apakah hikmah kedudukan imam dengan mayat lelaki dan perempuan berbeza??

Assalamualaikum..


Dalam satu seminar yang aku hadiri, pernah aku dan tetamu yang lain ditanya soalan ini oleh seorang penceramah:


"Apakah hikmahnya sewaktu imam solat jenazah perempuan, dia berada di hadapan pinggang mayat perempuan?"


Kenapa ya? Cuba anda fikir...Ataupun tidak pernah langsung terlintas soalan ini di fikiran anda?

Lagi satu soalan yang ditanya:


"Apakah hikmahnya sewaktu imam solat jenazah lelaki, dia berada di bahagian kepala lelaki?"

Dah dapat jawapannya? Aku pun mula-mula jenuh juga memikirkan jawapan kepada persoalan ini. Akhirnya, penceramah itu memberikan jawapannya:

Yang pertama: 
Hikmah imam solat jenazah perempuan, dia berada di hadapan pinggang mayat perempuan  ialah kerana perempuan punya kelebihan ialah di bahagian pinggang. Kenapa? Kerana perempuan boleh beranak.

Yang kedua:
Hikmah imam solat jenazah lelaki, dia berada di bahagian kepala lelaki kerana lelaki dikurniakan akal yang cukup tinggi. 


Logik la kan..Perempuan punya kelebihan ialah boleh mengandung, melahirkan anak, menjaga anak dan mendidik anak dengan penuh kesabaran. Seandainya lelaki yang diberi mandat untuk mengandung dan melahirkan anak, alamarnya habislah misi-misi dan doktor disepak terajang dan dimaku hamun dalam wad bersalin tu kerana sikap lelaki yang agak baran, tidak sabar, atau dalam bahasa utara "peghenguih". Maklumlah, nak melahirkan anak kan sakit. Maunya si lelaki itu nak rasai lagi sakit tu.

Selain itu, meskipun perempuan dikurniakan dengan 9 nafsu, 1 akal, mereka mampu buat perkara yang kaum lelaki tak boleh buat.Manakala si lelaki pula, dikurniakan 9 akal, 1 nafsu. Pemikiran mereka lebih tinggi jika diikutkan dan mampu berfikir dengan matang dan bijak dalam tindakan. Sebab itulah kuasa cerai di tangan mereka supaya mereka dapat berfikir dahulu sebelum bertindak. Kalau perempuan diberi kuasa, alamatnya cerai menjadi mainan mulut selalu kerana sifat perempuan yang beremosi.

Kedua-duanya ada kelebihan dan kelebihan masing-masing.

Konklusinya, bersyukurlah dengan diri masing-masing. Siapapun kita samada lelaki atau perempuan, kita tetap sama iaitu khalifah Allah di muka bumi ni. Wallahu'alam.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...