13 June 2011

Di sebalik Pos Dipang

Assalamualaikum..

Dalam kesempatan yang ada pada hari ni, aku nak berkongsi pengalaman aku sepanjang mengikuti program Kembara Dakwah ke Perkampungan Orang Asli. Sememangnya inilah pengalaman pertama aku mengikuti program macam ni. Meh ikuti pengembaraan aku di sana.


24 Mei 2011 (Selasa)

Aku dan rakan-rakan yang lain bertolak ke Pos Dipang pada pukul 10.30 pagi dan sampai kira-kira pukul 11.30 pagi. Sejurus kami sampai di sana, kami dijamu dengan minum pagi dan diserahkan kepada keluarga angkat masing-masing. Pada mulanya, risau juga aku rasa untuk tinggal bermalam bersama keluarga angkat kerana memikirkan perbezaan agama. Tapi, alhamdulillah aku dapat menerima dengan baik dan dapat menyesuaikan diri dengan keluarga angkatku. Aku dan 2 orang lagi rakan yang lain tinggal serumah di rumah apak dan amek angkat kami. Kami dibawa ke rumah keluarga angkat pada jam 1.30 petang. Sesi ta'aruf pun dimulakan oleh apak kami. Sememangnya dia jenis yang rajin membaca kerana banyak betul soalan yang dia ajukan kepada kami bertiga ni. Kiranya, dia bukan jenis yang buta huruf la sebab sempat bersekolah hingga tingkatan lima. Rancak betul kami bercerita sampai anak-anaknya pulang dari sekolah. Petang tu, adik angkatku, Nora pada mulanya nak bawa aku berjalan-jalan di sekitar kampung, tapi tak sempat sebab hujan lebat. Tak jadilah kami ronda-ronda pada petang tu.


Inilah pemandangan dari dalam rumah keluarga angkat aku.
 Pemandangan dari tingkap rumah tika hujan lebat..


Petangnya pula pada jam 5.30 petang, kami adakan sukaneka sebagai aktiviti riadah untuk orang kampung di sana. Semua ibu bapa angkat masing-masing aktif menyertai pertandingan yang diadakan. Ada acara menyumpit, timbang bola takraw, baling belon air dan kerusi berirama. Waktu malamnya pula, ada tayangan untuk penduduk kampung. Yang pastinya, golongan kanak-kanak la paling seronok sebab mereka suka tengok cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah. Lewat tengah malamnya, kami pun pulang ke rumah keluarga angkat. Rupa-rupanya, amek kami dah sediakan tempat tidur untuk kami. Siap sediakan kelambu dan selimut lagi tuh. Hujan yang lebat pada malam tu menyebabkan kami tidur dengan nyenyak sekali..

Sukaneka kerusi berirama


Tiup belon sampai pecah


25 Mei 2011 (Rabu)

Hari kedua ni, diadakan gotong royong di kawasan Sekolah Kebangsaan Pos Dipang. Bagi rakan-rakan lelaki, mereka ditugaskan menanam rumput di padang sekolah tersebut dan bagi kami golongan wanita ni pulak ditugaskan untuk memasak. Lepas Zohornya pula, diadakan sesi kelas memasak untuk golongan ibu-ibu masyarakat orang asli. Mereka diajar untuk membuat cucur ubi kayu dan laksa. Meriah betul aktiviti petang ni sampailah ke waktu Asar. Semua bersiap sedia untuk solat dan riadah petang. Ada yang main bola di padang sekolah. Tapi, aku dan rakan-rakan yang lain gunakan waktu yang ada ni untuk membanci penduduk di kampung orang asli ni. Rupa-rupanya, tak ramai yang menganut Islam di sini. Kalau ada pun, boleh dikira dalam 9 buah keluarga sahaja. Yang lain majorotinya tidak beragama dan beragama Kiristian. Keluarga angkat aku pulak beragama Kristian. Tapi, apak aku membuat pengakuan yang dia memang suka tengok cara hidup dan pergaulan orang Islam terutama bagi golongan yang bergelar Ustaz dan Ustazah ni. Mudah-mudahan, mereka sekeluarga diberi hidayah dan petunjuk ke jalan yang diredhai Allah dan terbuka hati untuk memeluk Islam.


Apak tekun mengisi borang banci


Acara memasak cucur ubi kayu


Wajah apak dan amek


Makanan tengah hari


Sepanjang tinggal di rumah keluarga angkat aku ni, aku dapati yang mereka amat menghormati cara hidup dan agama kami. Sampaikan pernah kami diingatkan supaya kami bagitau bila waktu nak solat supaya mereka dapat siapkan tempat untuk solat. Waktu makan pula, kami diberi peringatan dan penghormatan untuk baca doa makan dulu. Dan kami pula tak lupa untuk salam dan cium tangan amek @ ibu kami setiap kali keluar rumah. Apa yang aku dapat perhatikan, sepanjang berada di rumah ni, apak akan pastikan yang kami selesa tinggal di sini dan tak akan balik rumah kalau amek sibuk buat kerjanya di rumah. Pernah pada pagi hari kedua di sini, dia pulang ke rumah dan aku terdengar bunyi motosikalnya. Tapi, tak nampak pula dia naik atas rumah. Bila ditanya anak bongsunya, rupa-rupanya dia ke rumah kawan. Dan pernah juga dia suruh aku dan Nabilah hantar anak bongsunya ke sekolah. Alasannya, tak manis kalau nak suruh amek hantar anaknya ke sekolah, sedangkan Mia rakan kami sedang mandi dan kami berdua pula berada dalam rumah yang sama. Jadi, bagi nak elakkan sebarang fitnah amek tinggal di rumah dan aku hantar anaknya ke sekolah.


26 Mei 2011 (Khamis)

Hari ni adalah hari terakhir kami di sini. Aku dan rakan-rakan menghabiskan masa pada waktu pagi di rumah keluarga angkat masing-masing. Kami tolong amek buang sampah di hujung hutan dan bakar yang mana perlu. Kemudian, kami tolong amek masak. Apak cakap dia tak dapat cari pucuk ubi kayu untuk kami dan dia minta maaf sangat-sangat. Kami tak kisah pun. Tapi, ternyata dia memang nak berikan yang terbaik untuk kami semua. Lepas makan tengah hari, kami pun pulang. Sememangnya bukan senang nak dapat keluarga angkat sebaik ini. Jika ada kesempatan, aku pun nak ke sini lagi.

Di hadapan rumah kami:)

Amek hantar kami pulang


Sebenarnya, kampung ini pernah dilanda banjir besar yang meragut nyawa seramai 39 orang. Turut terlibat dalam tragedi tu ialah saudara kepada keluarga angkat aku. Memang sangat menyayat hati. Nak tahu lagi tentang banjir Pos Dipang, klik la SINISINI dan SINI.


P/s : Aku da belajar banyak bahasa orang asli..Nak tau?? Inilah serba sedikit yang aku ingat.


mahmuh - mandi
bokbeng - tidur
dakdak - baring
cak canak - makan nasi
cak - makan
auk - anjing
apak - ayah
amek - mak


2 comments:

ftdanisha said...

pengalamn yg menarik berada ki perkampungan org asli..dtg ke blog dan follow..

- pemilik tinta hati - said...

faztee: memang sgt menarik dan membuka minda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...