21 May 2011

Kembara lagi!

Assalamualaikum dan selamat petang. Besnya dapat rehat kat umah sambil online kan.

Aku baru je lepas kemas barang untuk ke Kuala Kangsar. Ni semua sebab tesis punya pasallah. Aku dah siapkan tesis dan InsyaAllah, petang ni siap dijilid. Alhamdulillah, dapat juga aku siapkan sem ni. Risau betul takut tak dapat siapkan dalam sem ni. Kalo tak, for sure sem depan kena extend sem lagi. Malam ni aku bermalam di sana sampailah minggu depan. Bermula hari Selasa minggu depan sampailah hari Khamis, aku nak join satu program dengan budak-buudak kolej yang len. Ini prorgam 'Kembara Dakwah ke Kampung Orang Asli' yang terletak di Tapah. Sebelum ni, aku tak pernah masuk hutan join program macam ni sebab aku selalu balik kampung. Jadi, alang-alang nak hantar tesis kat kolej, aku join la program ni. Tujuannya nak dedahkan kepada masyarakat orang asli yang masih belum memeluk Islam. Mudah-mudahan dengan pendekatan yang kami gunakan ni, diorang akan tertarik dengan masyarakat orang Islam dan agama Islam tu sekali. Jadi, tolong jagakan blog aku dalam seminggu ni ye..Aku tak dapat berblogging bermula dari malam nanti sampailah Jumaat minggu depan. Nak stay kat umah sewa nanti, tapi takde line internet kat sana. Kalo rajin pegi kolej, boleh la onlline. Tengokla macam mana nanti..


" KEMBARA DAKWAH KE PERKAMPUNGAN
MASYARAKAT ORANG ASLI, KAMPAR "
(24-26 Mei 2011)

1 comment:

Diari Si Froggie said...

jaga diri owner blog :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...