Selawat dan salam buat junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. Semoga kita beroleh syafaat darinya.
Ya Allah! Ingin aku bermunajat pada-Mu dan moga Engkau memberiku hidayah dalam berubah dari hari ke sehari dalam bermujahadah melawan nafsu dan mengejar keredhaan-Mu. Ameen. Semoga hari esokku lebih baik daripada hari ini. Satu transformasi perlu dilakukan setiap hari demi mencapai matlamat yang murni. Esok 16 Mei..Selamat Hari Guru buat mama dan baba, mursyidku yang terawal sekali. Tak lupa buat guru-guru yang pernah mendidik dan mengajarku, buat kakak-kakakku dan juga sahabat blogger yang menjadi guru dan bakal menjadi seorang guru. Jadilah guru @ mursyid yang dapat merubah anak didikmu menjadi orang yang berguna dan berilmu agama. "Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara". Pada hemat aku, definisi guru yang sebenar ialah guru yang menjana transformasi pendidikan untuk agama, keluarga dan negara Islam itu sendiri.
Rasulullah s.a.w bersabda:
"Orang yang sempurna Islamnya, ialah orang yang menyelamatkan orang Islam yang lainnya daripada gangguan lidahnya dan tangannya, dan orang yang berhijrah sebenarnya itu ialah orang yang meninggalkan apa yang dilarang Allah"
-Hadith Riwayat Bukhari-
"Orang yang sempurna Islamnya, ialah orang yang menyelamatkan orang Islam yang lainnya daripada gangguan lidahnya dan tangannya, dan orang yang berhijrah sebenarnya itu ialah orang yang meninggalkan apa yang dilarang Allah"
-Hadith Riwayat Bukhari-
pic ehsan google.com |
Teringat aku pada kata-kata seniorku Ukhti Fazilah Hussain dalam statusnya di FB:
Nah...jelas kepada kita yang Allah amat menyayangi hamba-Nya terutama mereka yang selalu merintih, merayu, mengadu dan memohon tanpa henti daripada-Nya. Sesiapa yang senantiasa ingin berusaha menjadi hamba yang terbaik di sisi Yang Esa pasti terdetik di hati mereka untuk berubah. Perubahan yang mana tidak perlu dilakukan secara mendadak sekali gus, akan tetapi laksanakan secara sedikit namun beristiqamah dengan apa yang dilakukan.
"Aku nak berubah".
Selalu kita dengar sahabat-sahabat kita ungkapkan kata-kata sebegini. Alhamdulillah. Niat dah ada. Itu yang penting. Niat untuk lakukan satu perubahan dalam diri kita. Tetapi, perlulah diingat bahawa niat yang kita semat dalam hati itu perlulah ikhlas dan perubahan yang nak dilakukan tu perlulah tetap selamanya.
Masa berubah. Manusia berubah. Dunia berubah.
Lumrah alam. Tiap sesuatu akan berubah. Lihat saja awal kehidupan si rama-rama. Perubahan yang dialami akhirnya mematangkan diri. Menjadikan diri dikenali, disayangi dan dikagumi kerana kecantikannya luaran dan dalaman. Pernah kita terfikir akan kepayahan yang dialami dengan perubahan demi perubahan untuk membesar menjadi seekor rama-rama yang cukup sifatnya?
pic ehsan google.com |
Aku ingin berubah. Ya..aku selalu berniat untuk berubah setiap hari supaya aku tidak lupa niat asalku. Aku mahu menjadi seorang Islam bukan hanya pada nama. Lagi, kenapa aku nak berubah? Demi menjaga maruah diri aku...Maruah babaku yang pernah menjadi seorang murabbi dan kini memikul amanah yang lagi besar...Juga demi mamaku yang walaupun tidak berpelajaran tinggi, namun kagum aku pada semangat dan keazamannya yang rajin menimba ilmu dan memikul tanggungjawabh sebagai seorang ibu yang terrrbaik bagiku...Yang terakhir demi maruah orang Islam itu sendiri khususnya. Siapa lagi yang nak menjaga nama baik Islam itu sendiri kalau bukan diri kita sendiri.
Nak berubah? Senang saja:
1. Ikhlaskan niat di dalam hati untuk berubah.
2. Menyesal dengan sebenar-benarnya akan dosa yang dilakukan.
3. Berazam tidak akan mengulangi dosa tersebut.
4. Bertaubat kepada Allah dengan taubat nasuha, iaitu dengan sebenar-benar taubat. Mohon keampunan Allah.
5. Memohon keampunan daripada manusia jika ada melakukan kesalahan kepada manusia tersebut.
InsyaAllah, kita dapat BERUBAH!
Di samping itu, aku nak berubah..
Daripada seorang hamba Allah yang selalu lalai kepada hamba yang ingat kepada-Nya.
Daripada seorang anak yang suka bertangguh melakukan pekerjaan yang ibubapa suruh kepada anak yang melakukan kerja tanpa disuruh.
Daripada kakak yang jarang bermanis muka dengan adik kepada kakak yang ringan tulang membantu adiknya.
Daripada adik yang kadangkala menyimpan dendam kepada adik yang bersangka baik dengan kakak-kakak dan abang-abangnya.
Daripada sahabat yang kadangkala mungkir janji kepada sahabat yang tidak akan berjanji jika tak dapat ditepati.
InsyaAllah, jika aku nekad amalkan 10 Muwasafat Tarbiyyah ini, AKU DAPAT BERUBAH! Itulah satu HIJRAH yang terbaik dalam kehidupan kita ini. Kalau semuanya sudah kita buat, tapi masih kembali ke perangai lama, kenalah selidiki iman kita balik ye.
Rugi sangat orang yang jahil..melainkan orang yang berilmu
Rugi sangat orang yang berilmu..melainkan orang yang beramal
Rugi sangat orang yang beramal..melainkan orang yang ikhlas.
pic ehsan google.com |
AKU INGIN BERUBAH! ANDA BAGAIMANA???
kLik banner di bawah ni untuk menyertai contest ini..
P/s: Perubahan mematangkan diri. Niatku yang sebenar nak berkongi ilmu supaya kita dapat sama-sama berubah dan menjadi yang terrrrbaik dalam kalangan yang terbaik.
Renung-renungkan dan selamat beramal.
6 comments:
berkata2 mmg mudah nk melaksanakannya tu..alahai...
Aksi-aksi terlarang @ Kuala Lumpur International Book Fair 2011
@ anis: benar tu
good luck yer untuk kontest ni... :)
sy pun lama dah tanam hasrat tuk berubah...tptu la hangat2 tahi ayam je...
setuju dgn anies... :)
@ nabilah : thnx dear
alhamdulillah..sejuk hati membaca entry ini..
suka dengan quote ini
Rugi sangat orang yang jahil..melainkan orang yang berilmu
Rugi sangat orang yang berilmu..melainkan orang yang beramal
Rugi sangat orang yang beramal..melainkan orang yang ikhlas.
insyaAllah iklhas melakukan kerana Allah swt..
terima kasih sudi join.. sebarang update terkini akan dimaklumkan di Laman MO..tq
mo: sama2:) trima kasih sudi baca
Post a Comment