12 April 2011

'Parasit' mana yang ganggu kita??

Assalamualaikum.

Kebelakangan ni, dah banyak sangat kes kita dengar kan. Anak kena culik, ayah dera anak, sumbang mahram, kes rogol, buli sana sini, anak luar nikah kena buang dan banyak lagi gejala sosial. Perkara-perkara macam ni mungkin nampak remeh di mata orang yang tak ambil kisah perkara-perkara macam ni, tapi ia menjadi sangat rumit dan bernanah di mata penglihatan orang yang selalu peka dan ambil berat hal-hal sebegini. Nah! kenapa gejala-gejala songsang dan tidak bermoral macam ni yang selalu jadi ikutan masyarakat? Apatah lagi bagi yang beragama Islam khususnya. Tak terbukakah minda dan hati kita yang sering mendengar dan melihatnya?

Setuju atau tidak jika aku katakan bahawa nilai-nilai murni masyarakat ini kian hilang ditelan arus kemodenan adalah kerana wujudnya 'parasit' yang selalu menghancurkan fitrah murni dan etika baik masyarakat. Hinggakan masyarakat masa kini khususnya golongan generasi muda sudah bersikap tidak wajar. Kisah hidup sebegini amat menghimpit rasa, jiwa dan minda seseorang yang melihatnya.

'Parasit' ini selalu saja cuba menghimpit kita di kala kita mula alpa atau terleka dalam nikmat dunia. 'Parasit' ini jugalah yang akan meracuni pemikiran manusia dalam segala tindak-tanduk. Andai kita tidak berjaga-jaga, ia akan menyelosori dan cuba memenuhi segala bentuk ruang dalam kehidupan kita. HInggakan akhirnya kita tewas dalam melawan 'parasit' ini.




Cuba kita imbas kembali bagaimana perjalanan hidup rama-rama. Kitar hidupnya bermula dari telur, menjadi ulat, kepompong dan akhirnya...dewasa dan mampu terbang bebas bersama rakan-rakan apabila sudah menjadi RAMA-RAMA . Kisah hidup sang rama-rama ini mungkin kita lihat begitu mudah.Namun begitu,cuba teliti dan berfikir sejenak tentang perjalanan hidup rama-rama ini din peringkat ulat. Bukankah pada peringkat rama-rama menjadi ulat ini, begitu banyak menghadapi rintangan.



Kemudian, cuba kita selosori kisah rama-rama yang masih di peringkat ulat. Pada waktu ini, ia dijadikan mangsa oleh penyengat yang menjadi parasit hingga mneyebabkan kematian ulat rama-rama. Penyengat amat memerlukan mangsa untuk dijadikan tempat menetas telurnya dengan menyuntikkan telur-telurnya ke dalam badan ulat rama-rama. Selepas itu, telur ini kemudiannya menetas di dalam ulat rama-rama, menjadi ulat penyengat dan mendapat keperluan makanan dari dalam badan ulat rama-rama. 

Untuk tempoh di mana pemangsa memerlukan ulat rama-rama sebagai sumber kehidupan pula, ia tidak merosakkan organ penting mangsanya. Setelah mencapai tahap untuk keluar dan meneruskan hidup di luar mangsa, parasit ini rupa-rupanya mempunyai gigi kecil khas pula. Tujuannya?? Untuk  memotong kulit mangsa dan keluar dari kulit ulat rama-rama hinggakan meninggalkan kecacatan dan kecederaan di kulit ulat rama-rama. Kesian ulat rama-rama ni kan:( Lepas tu, bukan saja ulat rama-rama cedera kesan gigitan parasit, tapi sifat asal ulat rama-rama pun berubah. Kalau kebiasaannya ia membuat kepompong untuk diri sendiri, tetapi selepas sahaja jadi mangsa parasit ni, ia membuat kepompong untuk melindungi parasit. Ulat rama-rama yang telah berubah fitrah tu terus melindugi parasit sehinggalah ia sendiri mati keletihan dan kelaparan.


Apa kaitan kisah hidup rama-rama dengan entri aku kali ni?? 

Ya.. Dengan serangan 'parasit' sebeginilah masyarakat khususnya golongan anak muda pada hari ini tidak dapat mencapai kemuncak kedewasaan sebagai rama-rama yang terbang bebas. Mahukah kita terus biarkan ini berlaku kepada anak muda selaku generasi akan datang? Ke mana lagi arah tuju dunia kita pada akan datang seandainya remaja sekarang sudah 'terbang' dan 'tenggelam' nilai murni dan akhlaknya?? Apa akan jadi kalau kawan jadi keutamaan hingga membelakangkan ibu bapa? Kesopanan bukan lagi jadi pakaian diri. Yang paling dahsyat, Allah dan Nabi Muhammad pula dipersendakan. Nauzubillahiminzalik.

Sumpah Iblis dalam Al-Quran:

" Iblis menjawab, 'Berilah aku penangguhan waktu, sampai hari mereka dibangkitkan'. Allah berfirman,'Benar kamu termasuk yang diberi penangguhan waktu'. Iblis menjawab, 'Kerana Engkau telah menyesatkan aku, pasti aku akan selalu menghalangi mereka dari jalan-Mu yang lurus, kemudian pasti aku akan mendatanggi mereka dari depan, belakang, kiri dan kanan, dan Engkau akan mendapati kebanyakan mereka tidak bersyukur'." ( al-'Araf: 14-17 )

Mudah-mudahan ini menjadi peringatan buat diri aku dan pembaca. Pengabdian penuh kepada-Mu adalah pelindung hakiki daripada godaan dan hasutan iblis dan syaitan. Semoga Allah anugerahkan kita kefahaman dan penghayatan Islam yang sebenar supaya kita berdaya melakukan sesuatu agar 'ulat' yang kita jaga terlindung daripada 'parasit' yang menyebabkan kita hilang jati diri sebagai seorang Muslim sebenar.



Jauhkan diri daripada 'parasit'  yang selalu ada kepentingan diri sendiri sahaja demi mencapai matlamat peribadi. Sesungguhnya, 'parasit' yang paling berbahaya ialah pengaruuh syaitan dan iblis yang membawa misi menyesatkan anak cucu Nabi Adam dan Hawa...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...