لَا تُبْقَى الإِسْلاَمُ إِلَّا اسْمُهُ
" Tidak kekal Islam itu melainkan pada namanya sahaja "
Amat sedih kalau jadi begini kan. Kalau dahulunya Islam amat dihormati kerana ajaran dan cara hidup penganutnya, tapi kini apalah sangat. Tiada apa yang hendak dibanggakan.
Iya..tiada apa yang nak dibanggakan dengan keadaan masa kini. Berapa ramai anak remaja zaman sekarang yang bertitlekan 'Islam' dalam kad pengenalannya, boleh membaca Al-Quran. Cuba kira. Ada mungkin ada, tapi bilangannya hanya sedikit.
Berapa ramai pula yang namanya Islam, tapi tingkah laku mengalahkan orang kafir. Sedih kan.. Dan berapa ramai pula yang sanggup menutup aurat demi menjaga nama baik Islam..
Lain pula ceritanya bagi yang lain. Ada yang bersedekah...beramal jariah. Alhamdulillah. Tapi, solatnya tak diusai pun. Sedekah saja sudah cukup, tak perlu nak solat lagi..Ada yang berfikir begitu.
Astaghfirullah..Inilah jadinya jika ambil ajaran Islam separuh-separuh. Yang agak malas dibuat, ditinggal. Yang senang dibuat, dibuat sesuka hati.
Pokok pangkalnya, semua ini bermula dari rumah. Ibu bapa jadi contoh teladan buat anak-anak. Selebihnya, anak-anak sendiri kena belajar dengan lebih mendalam hal ehwal agama. Mereka sendiri kena jaga iman, tingkatkan taqwa, muhasabah diri.
Janganlah tinggalkan Islam itu pada namanya sahaja. Tunjukkan dalam setiap pengakuan dalam diri, perkataan dan perbuatan. Sepertimana kita kena contohi sunnah nabi Muhammad s.a.w. dalam setiap segi.
No comments:
Post a Comment