12 January 2012

Andai kita rasa kita susah, ada lagi yang susah dari kita

Assalamualaikum.

Pernah tak terdetik di sudut bening hati kita dengan perasaan sebegini??

***

"Aku pernah mengadu bahawa aku tak punya wajah yang cantik, sehinggalah ku sedar masih ada insan yang cantik luaran tapi hodoh dalaman.."

"Aku pernah mengadu bahawa aku tiada kasut untuk dipakai, sehinggalah suatu hari aku bertemu dengan seorang lelaki yang tidak mempunyai kaki..."

"Aku pernah mengadu bahawa ibu bapaku adalah penyibuk, sehinggalah aku menyedari ada lagi sahabat lain yang tidak sempat menagih kasih sayang ibu bapa kerna terlebih dahulu mereka meninggalkan dia.."

"Aku pernah mengadu bahawa aku tak punya sesiapa yang boleh dipercayai setelah ditinggalkan kekasih, sehinggalah aku mula menyedari Allah sentiasa bersamaku..Ibu bapaku peneman setiaku dan sahabatku teman susah senangku.."

"Aku pernah mengadu yang aku ni insan yang tak punya apa-apa kelebihan, sehinggalah kusedar aku mampu membaca dan menghayati maksud Al-Quran melebihi insan lain yang buta Al-Quran.."


Ingatlah..setiap daripada kita mempunyai kelebihan masing-masing...berdasarkan aturan daripada -Nya..

^___^

4 comments:

Ckin Kembaq said...

setuju2.. ^_^

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail said...

setuju tanpa ragu!!! =)

Kamsiah yusoff said...

salam kenal tuan rumah
sentiasalah bersyukur dgn apa yg kita ada..nescaya DIA akan menambah lagi nikmat utk kita

- pemilik tinta hati - said...

@ckin : realiti dunia skrg

@kak maera : definitely kan..

@kamsiah : salam ukhuwah..sama2 kita jd hmba bersyukur

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...