20 May 2011

Akses terpantas ke pintu Syurga

Assalamualaikum.

Selamat petang dan semoga iman anda bertambah dan semakin baik pada hari ini daripada semalam.
Entri kali ini bagi mengingatkan anda supaya menjauhkan kunci-kunci yang mengakses dengan mudah ke pintu Neraka, dan memperbanyakkan amalan yang mampu mengakses dengan mudah ke pintu Syurga.


Sedangkan kalau kita nak buat atau mencari sesuatu bahan pun, mesti kita akan mengakses maklumat tertentu kan. Apa itu definisi akses yang sebenar?

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi keempat, akses bermaksud:


1. Proses atau cara utk mencapai (memperoleh, menggunakan dsb) sesuatu data, maklumat dsb, 
2. Peluang utk mendekati seseorang, mengakses, mendapat atau memperoleh akses kpd sesuatu (fail komputer, data, maklumat dsb)

Sebenarnya, banyak langkah yang kita boleh ambil sebagai akses terpantas ke Syurga. Jadi, akses terpenting dan terpantas sebagai persediaan ke pintu Syurga ialah:

" TAKWA dan AKHLAK "

Berusahalah merebut ganjaran daripada Allahdan berdoa supaya Syurgalah tempat akhir kita.
Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan  Tirmidzi dan Ibnu Majah:


" Abu Hurairah menceritakan apabila Rasulullah SAW ditanya sebab terbesar yang membawa seseorang masuk syurga, Rasulullah menjawab: “Takwa kepada Allah dan akhlak yang baik.” Apabila ditanya pula sebab terbesar yang membawa manusia masuk neraka, maka Rasulullah menjawab, “Dua rongga badan iaitu mulut dan kemaluan.” "


Jelaslah kepada kita bahawa memang TAKWA dan AKHLAK yang menentukan keimanan seseorang dan akses terpantas ke Syurga di samping tidak lupakan perkara utama sebagai umat Islam iaitu menunaikan solat fardhu dan laksanakan amalan sunat.

Selain itu, laksanakanlah amalan-amalan lain yang juga menjamin ke Syurga. Jom luangkan masa ke SINI dan SINI sebagai muhasabah diri kita terutama di hari Jumaat yang mulia ini. 

Sini dah masuk Asar...Jom Solat dulu. Wassalam.

2 comments:

Ardini Humaira said...

semoga akhlak dan iman kita terpelihara, amin
:)

- pemilik tinta hati - said...

Kak Dini: Mudah-mudahan..Ameen~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...