Perasaan cemburu adalah 1 anugerah daripada Allah..Namun, perlu diingat janganlah sampai cemburu buta tanpa ada asas atau alasan yang kukuh. Kan best kalau ada satu fitrah dalam diri kita yang selalu cemburukan rakan dalam konteks sebagai pelajar.
pic from yahoo |
1. Membina satu semangat atau keazaman yang tinggi untuk menyaingi rakan kita.
2. Dapat mengeratkan persahabatan bila mana kita tak malu untuk berdamping dengan rakan yang lebih baik dalam pelajaran sekali gus mencambahkan benih-benih hubbu wal mawaddah dalam bersahabat.
3. Saling beroleh manfaat sesama sahabat bila masing-masing saling memberi dan menerima.
4. Masing-masing ada rasa saling mempercayai antara satu sama lain.
5. Malaikat akan selalu mendoakan manusia yang menjalin hubungan baik sesama mereka.
6. Allah bagi pahala kalau niat kita belajar ikhlas kerana Allah ta'ala.
7. Result pun makin mantap!! InsyaAllah.
Kesimpulannya, jadikan rasa 'cemburu' sebagai titik permulaan untuk berebut ilmu dengan kawan-kawan. Jangan jadikan cemburu sebagai titik permulaan kepada sifat hasad dengki dan dendam yang hanya memberi kerugian kat kita. Renung-renungkan dan selamat beramal :)
P/s : Diri makin bersemangat nak menempuh semester baru. Moga sem ni aku lebih istiqamah dalam setiap amalan. Ameen~
No comments:
Post a Comment