16 April 2011

Friend+ship = kawan kapal??

Assalamulalaikum..

Selamat malam dan selamat mengemudi bahtera alam mimpi yang indah dalam keredhaan Allah..Malam ni aku sempat la jenguk kejap blog selepas siang tadi surrender kerana keletihan. Keletihan memerah otak untuk exam MUET  secara bertulis laa..Start exam dari pukul 8 pagi sampai 12.30 tgahari. Tapi, pukul 1 petang baru sampai rumah sebab lambat keluar dewan tadi. Aku ni calon persendirian, jadi nak study pada peringkat awal tu memangla pening sket.Eh..ni takda kaitan dengan 'kawan kapal' pun..


" The most valuable thing in life is friendship ". 
Do you agree? Discuss. You should write at least 350 words.



Eh..tak payah jawab pun soklan di atas tu.. Sebenarnya, tu la soalan kedua untuk paper writing aku pagi tadi. Dapat soalan tadi, rasa bersyukur sangat. Sebabnya, aku faham makna setiap ayat dalam soalan tu. Buatnya dapat vocab yang aku tak bley catch up, tak ke naya aku..Lepas tu, aku pun tersenyum lega sekejap dan terus sambung mengarang isi.

Ada apa dengan "friendship" ??

Aku nak berkongsi satu kisah yang telah diceritakan oleh seorang penceramah masa aku sem 1 dulu. Dia menceritakan tentang seorang hamba Allah iaitu rakan dia yang amat sayang dan cintai rakan-rakan dia. Tapi, cintanya pada Allah lebih lagi..Kenapa?? Ini disebabkan tabiat dia yang memang diakui oleh sesiapa saja yang berkawan dengan dia. Buat pengetahuan anda, setiap kali hamba Allah ni nak tidur, dia akan mesej rakan-rakan dia. Apa yang dia mesej??


"Selamat malam".

"Esok jangan lupa datang jemput aku kat rumah. Kita g kelas sma-sama".

"Jom tidur. Esok sambung chatting".

"Petang esok jangan lupa game kita kat padang ek!".


Sesungguhnya, bukan tu mesej-mesej yang hamba Allah ni hantar. Tapi, dia taip begini:


  To: Mamat

"Assalamualaikum. Aku minta maaf kalau aku ada sakitkan hati ko sepanjang hari dan tiap saat ni. Halalkan makan dan minum aku selama ni ek. Doakan aku selalu. Semoga Allah rahmati ko selalu".


Ya! Itulah ayat yang dia hantar pada rakan-rakan dia. Rakan-rakan...sahabat-sahabat..kawan-kawan tau.. Bukan kepada rakan..sahabat..kawan. Maksudnya, dia tak hantar pada seorang saja, tapi dia telah hantar mesej ni dan forwardkan kepada SEMUA contact number rakan-rakannya. Subhanallah..MasyaAllah.. Betapa kita patut contohi sikap hamba Allah yang sorang ni.

***
To: Iman

"Assalamualaikum. Aku minta maaf kalau aku ada sakitkan hati ko sepanjang hari dan tiap saat ni. Halalkan makan dan minum aku selama ni ek. Doakan aku selalu. Semoga Allah rahmati ko selalu".

***


To: Jo

"Assalamualaikum. Aku minta maaf kalau aku ada sakitkan hati ko sepanjang hari dan tiap saat ni. Halalkan makan dan minum aku selama ni ek. Doakan aku selalu. Semoga Allah rahmati ko selalu".

***

Cuba anda semua bayangkan, katakan dia telah hantar mesej kepada semua rakan dalam senarai contact, berapa banyak kredit yang dia telah top-up dan habiskan untuk mesej yang sama tu?? Hinggakan seperti yang diceritakan semula oleh penceramah tu, hamba Allah tu berhabis sebanyak RM10 atau lebih setiap malam semata-mata untuk MOHON MAAF. Motifnya?? Kerana takutnya pada mati yang pasti itu. Dia risau kalau-kalau dia tak sempat untuk minta maaf kepada semua kenalannya. Rutin ini juga menjadi rutin wajib dan sudah difahami oleh semua rakannya. Mungkin kita sendiri termasuk diri yang menaip ini pun tak mampu jadi seperti ini. Tapi cukuplah kalau sebelum tidur, kita amalkan 4 benda ini:

1)  Muhasabah diri tentang perbuatan kita pada hari tu sebelum pejamkan mata.
2)  Memaafkan orang lain.
3) Mohon maaf pada Allah dan memohon supaya kita sempat meminta maaf pada orang lain pada  keesokan harinya.
4) Berazam untuk menyayangi dan berbuat baik pada semua orang. 


P/s: Sanggup tak berhabis duit demi sahabat??



"NILAI PERSAHABATAN YANG SEBENAR DIUKUR MELALUI SEJAUH MANA KITA BERUSAHA MEMAAFKAN SAHABAT DAN TIDAK MALU MEMOHON MAAF"

2 comments:

Faez Rusni said...

wah...terbaik pekerti manusia mcm nie..
Insaf....

- pemilik tinta hati - said...

faez: pengajaran buat semua

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...