16 April 2011

Apakah 7 DOSA itu??

Assalamualaikum..

Merujuk keadaan umat Islam zaman sekarang, sememangnya semua golongan masyarakat memainkan peranan dalam membasmi masalah 'buang bayi' yang semakin hebat dipertontonkan. Keadaan ini seolah-olah sudah hilang maruah dan harga diri seorang wanita itu khususnya bagi yang beragama Islam. Oleh itu, dalam hal ini kita jangan anggap remeh kerana ia adalah penentu kebahagiaan bagi yang hidup dan yang mati.

Cuba kita renungkan kembali...

Sedarkah kita bahawa akan berlaku 7 DOSA seandainya pernikahan kita tidak SAH di sisi syarak?
Sedarkah kita bahawa kita telah berlaku zalim ke atas anak itu seandainya dia dilahirkan tanpa bapa yang sah taraf ?
Sedarkah kita sudah berapa ramai anak luar nikah lahir dan bagaimana masa depan mereka?
Sedarkah kita akan dosa daripada perbuatan zina ini ?

Antara 7 DOSA sekiranya pernikahan kita tidak TIDAK SAH di sisi syarak:

1. Sekiranya kita bersekedudukan seperti suami-isteri, maka sesungguhnya kita telah berdosa kerana BERZINA.

2. Anak yang lahir adalah anak tak sah taraf, tetapi kita BIN kan nama kita. Maka kita berdosa kerana dilarang BIN kan si anak dengan nama kita.

3. Bagaimana pula dengan aurat si kecil tadi?? Sekiranya anak perempuan, maka bagaimana kedudukan aurat dengan si ayah? Sekiranya lelaki, bagaimana pula aurat dengan si ibu? Kita beroleh dosa melihat AURAT.

4. Bagaimana pula dengan wuduk? Kita berwuduk dan ingin menunaikan solat, lalu kita menyentuh si anak tadi (lelaki dan perempuan). Maka wuduk dikira batal. Bermakna solat kita tidak SAH kerana wuduk kita BATAL.

5. Sekiranya anak itu perempuan dan dia ingin berkahwin, bermakna si ayah TIDAK BOLEH menjadi WALInya. Tetapi kita tetap ingin mewalikan pernikahan anak perempuan tersebut. Kita berDOSA dan pernikahannya TIDAK SAH.

6. Lalu si anak tadi bersekedudukan dengan suaminya hasil dari WALI yang tidak sah. Maka, berdosalah lagi kerana rupanya si anak telah berbuat ZINA.

7. Sekiranya kita meninggal dunia, si anak yang tidak sah taraf tadi mewarisi pula harta pusaka kita. Juga hukumnya HARAM dab BERDOSA kerana mereka tiada hak mewarisi harta disebabkan title anak luar nikah..

Mudah-mudahan menjadi peringatan buat diri sendiri kerana risau kalaulah ada yang melakukan dosa tersebut dan kalaulah ada yang menyumbang kepada berlakunya dosa-dosa tersebut.


" PELIHARALAH MARUAH DIRI BUAT MUSLIMIN DAN MUSLIMAT 
DENGAN MENJAGA AURAT DAN SAHSIAH DIRI.... "

Wallahu'alam.

4 comments:

Abu Zafran said...

nice entry...suka3...tq yer

jom baca entry khas utk anda
http://zubir5588.blogspot.com/2011/04/apakah-7-dosa-itu.html

tq cz join segmen c.z

Ca Ezah said...

datang dr blog chegu zubir... :) wah~ kagum dengan penulisan awak...sy sentiasa mencari2 blog unsur agama cmnie.. sy follow kamu.. :)

Ca Ezah said...

sy dtg dr blog C.Z.... sy kagum dengan penulisan kamu..sy mmg mencari2 blog unsur agama cmnie...sy follow kamu.. :)

(kalo komen nie terkeluar 2kali sori ek..sebab yg 1st td failed..xtau lepas ke tak.. :( )

- pemilik tinta hati - said...

c.z : sama-sama..eh..trma kasih juga untuk blog review yg c.z buat yer..

cok duyung: trma ksih sbb sudi membaca..bila berkongsi ilmu, kita sama-sama dapat pahala

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...