Sedang kaum muslimin bersolat Jumaat di masjid, kaum muslimat di rumah pula eloklah mendengar ceramah atau tazkirah di dalam televisyen atau radio. Hari ni aku ingin berkongsi ilmu yang aku dapat tengah hari tadi...
Pernah tak terlintas di hati, bagi golongan wanita atau perempuan ini bahawasanya mereka berasa sangat malang? Kerana wanita ini diibaratkan seperti orang tidak penting dalam keluarga. Buat apa pun mesti kena dapatkan kebenaran ayah bagi yang belum berkahwin dan bagi yang sudah berkahwin pula perlu dengar kata suami. Sebenarnya, wanita atau seorang yang bernama perempuan ini adalah antara golongan manusia yang sangat istimewa. Title 'wanita' bukanlah petanda malang, tetapi seharusnya mereka berasa sungguh mulia dan wanita ini sebenarnya sangat tinggi darjatnya di sisi Allah. Buktinya??
Pada hari akhirat nanti, akan menanti 4 orang ketua bidadari yang menanti dengan penuh kegembiraan di pintu Syurga. Siapakah 4 orang itu dan siapakah yang dinantikan mereka?
1) SAIYIDATINA FATIMAH AZ-ZAHRA - Beliau ialah anak kesayangan Nabi Muhammad s.a.w. yang akan menyambut golongan wanita-wanita muda yang solehah dan selalu melakukan amal kebajikan demi Allah s.w.t.
2) SAIYIDATINA KHADIJAH BINTI KHUWAILID - Beliau ialah isteri kesayangan Nabi Muhammad s.a.w. yang akan menyambut golongan wanita yang sudah berumahtangga dan taat pada perintah Allah di samping mengutamakan kepentingan suami tersayang dan beramal kebajikan setiap masa.
3) MARYAM BINTI IMRAN - Beliau ialah ibu kepada Nabi Isa yang merupakan seorang wanita satu-satunya yang Allah kurniakan anugerah anak kepadanya walaupun tanpa bersuami. Maryam ditugaskan menyambut golongan wanita yang tidak pernah berkahwin dan ibu-ibu tunggal yang berjaya mendidik anak mereka dengan didikan agama secukupnya.
4) SITI ASIAH - Beliau adalah isteri Firaun laknatullah yang akan menyambut golongan wanita solehah yang mendapat suami yang tidak beriman kepada Allah atau bukan lelaki soleh, tetapi tetap bersabar dengan ujian-Nya.
"Seorang lelaki itu berpeluang masuk Syurga walaupun dia bukan lelaki soleh, sekiranya beristerikan seorang wanita yang solehah. Tetapi, seorang lelaki yang soleh belum tentu dapat masuk ke dalam Syurga sekiranya beristerikan wanita yang tholeh."
Peringatan buat diri sendiri dan buat kalian: Berusahalah supaya ditempatkan bersama dalam kalangan bidadari Syurga. Ameen.
4 comments:
alhamdulillah~ hari nie saya dpt belajar sesuatu.. :) trima kasih sbb berkongsi ilmu.. :)
ilmu baru..TQ
moga dapat beri manfaat bersama..
tq atas perkongsian....
Post a Comment