08 March 2011

Kisah mengenai seorang pencinta..

Assalamualaikum..



Sidang pembaca sekalian...pernahkah anda mendengar nama Abu Hurairah?? 

Pastinya beliau dikenali kerana kisah mengenainya begitu banyak sekali. Antara kisah Abu Hurairah ialah mengenai beliau dan kucing. Abu Hurairah sangat suka dan sayangkan kucing. Tidak hairanlah beliau digelar 'Abu Hurairah'. 

Gelaran Abu Hurairah r.a. adalah kerana kegemarannya bermain dengan anak kucing. Diceritakan pada suatu masa ketika Abu Hurairah r.a. bertemu Rasullullah S.A.W. dia ditanyai apa yang ada dalam lengan bajunya. Apabila dia menunjukkan anak kucing yang ada dalam lengan bajunya lantas dia digelar Abu Hurairah r.a. oleh Rasullullah S.A.W. Semenjak itu dia lebih suka dikenali dengan gelaran Abu Hurairah r.a.

Betapa cintanya Abu Hurairah ini terhadap haiwan terutamanya kucing. Tiada salahnya berbuat baik kepada haiwan kerana mereka juga makhluk Allah,sama seperti kita.

Selain itu, betapa Abu Hurairah mempunyai rasa cinta yang tinggi terhadap ibu yang melahirkannya dan menjaganya. Sifat kecintaan ini sepatutnya dijadikan contoh dan ikutan buat kita semua.

Pembaca sekalian, di dalam Shahih Muslim terdapat kisah mengenai Abu Hurairah dan Ibunya.
Kisah ini sangat menarik dan mengandungi banyak pengajaran. Bacalah dan ambil iktibar :


Dahulu ibu Abu Hurairah adalah seorang yang musyrik.
Sebagai seorang muslim, Abu Hurairah senantiasa mengajak ibunya agar masuk ke dalam Islam.
Tapi apa yang dilakukan oleh ibunya?
Ibu Abu Hurairah malah membalas ajakan tersebut dengan ucapan yang jelek terhadap Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam.
Abu Hurairah pun merasa sedih.
Sehinggakan dia menangis dan menemui Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam.
Abu Hurairah berkata kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam,

“Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku mengajak ibuku masuk Islam.
Tapi dia tidak mahu menurutiku.
Satu hari aku mengajaknya lagi.
Tetapi dia malah mengucapkan sesuatu tentangmu yang aku benci.
Doakanlah kepada Allah agar memberi hidayah kepada Ibuku”.


Kemudian Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pun berdoa,


“Ya Allah, berilah hidayah kepada Ibunya Abu Hurairah.”


Abu Hurairah pun merasa sangat girang.
Beliau begitu gembira dengan doa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam.
Abu Hurairah pun pulang ke rumahnya.
Ketika beliau sampai ke pintu, ternyata pintu itu tertutup.
Ibu Abu Hurairah mendengar langkah kaki putranya.
Ibunya lalu berkata:



 “Tetap di tempatmu, wahai Abu Hurairah.”


Dari luar Abu Hurairah mendengar suara gemericik air.
Ternyata Ibunya sedang mandi.
Ibunya kemudian memakai baju dan kerudungnya.
Beliau membuka pintu dan mendengar satu suara.


“Wahai Abu Hurairah…
Aku bersaksi bahwa tiada Tuhan yang berhak diibadahi kecuali Allah dan bahawa Muhammad adalah hamba-Nya dan Rasul-Nya.”


Itulah kata-kata ibu Abu Hurairah sejurus anaknya masuk ke dalam rumah.
Alhamdulillah....Akhirnya ibu Abu Hurairah masuk Islam.
Doa Rasulullah pun dikabulkan oleh Allah ta’ala.
Cuba kita perhatikan betapa sayangnya Abu Hurairah kepada ibunya. Dia tidak membiarkan ibunya berada di dalam kekafiran. Dia terus menerus berdakwah dengan penuh kesabaran agar ibunya menerima Islam.
Dan lihat juga akhlak mulia dari Nabi kita Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam. Ketika mendengar pengaduan Abu Hurairah, beliau terus mendoakan agar Ibu Abu Hurairah diberi hidayah oleh Allah, meskipun sebelumnya ibu Abu Hurairah berucap jelek tentang Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam.
Semoga akhlak-akhlak mulia ini dapat kita jadikan iktibar..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...