Alhamdulillah..syukran lillah sebab aku selamat pergi dan balik dari Hutan Lipur Ulu Kenas kat KK. Cadangnya nak berbarbekiu arini, tapi semalam x dapat decide lagi nak pegi mana. Nak pegi Ulu Kenas, risau lak dak2 umah aku cakap. Bukan ape, baru-baru ni ade kawan diowg yang kena terkena simptom kenciing tikus. Tu baru celup2 air dalam sungai, x mandi pun. Jadi, pikir punya pikir, kami satu rumah pun decide la nak berbarbekiu di Ulu Kenas juga tanpa mandi2 sungai. Tapi, yela kan..dah datang sana pun jarang, jadi tanpa ragu-ragu dan penuh tawakkal kami yang seramai 9 orang ni pun sepakat pergi ke Ulu Kenas juga. Nak mandi sungai ke x?? Tu depends pada diri masing2..Tawakkal sajalah. Kalo nak kena, selalin dari sungai pun bley kena. So,seawal 8 pagi kitowg pun bertolak ke UK a.k.a Ulu Kenas. Sampai je, terus pelekat api n bakar ayam n sosej sambil mam makanan sampingan yang lain. Haa..berbalik pada isu kencing tikus, tadi aku terus search kat internet apa sebenarnya yang berkaitan ngan penyakit ni. Aku bukannya belajar bab2 sains ni. Bukan ape, risau gak, tadi aku n kawan2 yg. lain ade main air sungai. Ni antara maklumat yang aku dapat dari wikipedia..
Pengunaan teknik pewarna perak pada tisu buah pinggang, membongkar kehadiran bacteria Leptospira. |
Penyakit kencing tikus atau Leptospirosis (juga dikenali sebagai, penyakit/sindrom Weil, demam canicola, demam ladang tebu,demam 7-hari) merupakan penyakit berjangkit zoonosis yang berpunca daripada spirochaete dalam genus Leptosfira yang menjejaskan manusia dan sejumlah besar haiwan, termasuk mamalia, burung, afimbia, dan reptilia. Penyakit ini pertama kali digambarkan oleh Adolf Weil pada tahun 1886 apabila dia melaporkan "penyakit jangkitan akut dengan bengkak spleen (“splenomegaly”), penyakit kuning dan nephritis". Leptospira pertama kali dilihat pada 1907 dari hirisan buah pinggang bedah siasat. Pada 1908, Inada dan Ito pertama kali mengenal pasti ia sebagai organisma penyebab dan pada 1916 menyedari kehadirannya pada tikus.
Sungguhpun diakui sebagai antara zoonosis paling biasa di dunia, leptospirosis merupakan jangkitan bakteria jarang berlaku pada manusia. Jangkitan biasanya dipindahkan kepada manusia apabila air yang dicemari dengan air kencing haiwan menyentuh bukaan pada kulit, mata, atau dengan selaput lendir. Di luar kawasan tropika, kes leptospirosis berlaku mengikut musim dan kebanyakannya berlaku sekitar bulan Ogos–September/Februari–March.
hURm..pendek kata, LEPTOSPIROSIS adalah merupakan penyakit yang disebabkan oleh Bakteria LEPTOSPIRA. Kalau dilihat melalui mikroskop bentuk virus ini adalah berbentuk spiral dan boleh hidup didalam air tawar selama satu bulan atau lebih. Ia tidak boleh hidup didalam air laut.
Tapi, macam mana plak penyebaran virus ni kepada manusia?
Air, Tanah atau Tanaman yang telah dikotori oleh air kencing haiwan yang mengidapi leptospirosis. Ia akan memasuki ke badan manusia dengan pelbagai cara antaranya melalui mata,hidung, kulit yang melecet atau makanan yang dicemari oleh najis terutama air kencing haiwan yang telah dijangkiti Bakteria LEPTOSPIRA.
Simptom-simptom virus kencing tikus macam mana???
Jangkitan Leptospiral pada manusia menyebabkan sejumlah symptom, dan sesetengah mereka yang dijangkiti mungkin tidak menunjukkan sebarang symptom sama sekali. Leptospirosis merupakan penyakit dwifasa (“biphasic”) yang bermula dengan simptom seperti selsema (demam, sejuk, myalgia, sakit kepala yang kuat). Fasa pertama sembuh, dan pesakit tanpa symptom (“asymptomatic”) sehingga fasa kedua bermula. Ini berciri meningitis, kerosakan hati (menyebabkan demam kuning), dan kegagalan buah pinggang. Jangkitan ini sering kali salah diagnosis kerana symptom yang meluas. Ini mendorong kepada jumlah kes berdaftar yang jauh lebih rendah berbanding yang sebenarnya berlaku. Simptom leptospirosis termasuk demam tinggi, askit kepala yang teruk, sejuk, sakik otot, dan muntah-muntah, dan mungkin termasuk demam kuning, mata merah, sakit perut, cirit-birit, dan keradangan. Simptom bagi manusia hadir selepas 4–14 hari tempoh pengeraman.Jadi, sape yang ade simptom-simptom seperti demam tinggi,menggigil, Sakit Kepala, Lesu / lemah,Muntah-muntah , radang mata, rasa nilu dibahagian betis dan punggung kenalah alert. Simptom-simptom ini cuma akan kelihatan antara 4 hari ke 9 hari selepas jangkitan.Maka adalah wajar untuk kita mengambil langkah berjaga-jaga dan pencegahan sebelum terkena.
Tempoh pengeraman (tempoh pendedahan kepada symptom pertama bagi haiwan antara 2 hingga 20 hari. Bagi anjing kerosakan hati dan buah pinggang merupakan paling biasa oleh leptospirosis. Vaskulitis boleh berlaku, menyebabkan lebam/edema dan berkemungkinan pembekuan dalam salur darah tersebar (disseminated intravascular coagulation -DIC). Myocarditis, pericarditis, meningitis, dan uveitis juga turutan yang mungkin. Leptospirosis perlu disyaki dan dimasukkan sebagai sebahagian diagnosis pembezaan sekiranaya mata putih bagi anjing kelihatan jaundice (walaupun sedikit kekuningan). Ketiadaan jaundice tidak menyingkirkan kemungkinan leptospirosis sepenuhnya, dan kehadirannya mungkin menunjukkan hepatitis atau pathologi hati lain dan bukannya leptospirosis. Muntah-muntah, demam, hilang selera makan, kurang kencing, kencing gelap atau perang luar biasa, dan lesu juga merupakan tanda-tanda penyakit.
Antara komplikasi yang bakal dihadapi oleh mangsa yang dijangkiti ialah:
Pada bahagian hati akan menjadi kekuningan pada hari ke 4 dan ke 6. Kegagalan Ginjal (buah pinggang) .Jantung berdebar-debar tidak menentu,membengkak dan gagal berfungsi. Pada bahagian paru-paru pengidap akan merasa nyilu,batuk berdarah dan sesak nafas. Akan berlaku pendarahan dalaman kerana kerosakan pada pembuluh darah pada saluran pernafasan,pencernaan,buah pinggang,alat sulit dan mata. Bagi pengidap yang hamil akan berlaku keguguran dan kandungan sama ada lahir tidak cukup bulan,lahir cacat atau kandungan mati semasa lahir.
Langkah-langkah pencegahan yang perlu diambil:
Simpan makanan atau minuman dengan baik agar tidak dicemari. Cuci tangan dengan sabun sebelum makan. Bersihkan diri selepas melakukan aktiviti luar seperti berkebun dan apa jua aktiviti yang terbuka. Untuk majikan pula mereka harus memberi perlindungan kepada pekerja mereka yang mempunyai risiko yang tinggi dijangkiti seperti memberi sarung tangan dan sebagainya.
Menjaga kebersihan sekeliling,sediakan tempat membuang sampah yang bertutup, bersihkan tempat bekas air dan kolam renang, pastikan tiada tikus dikawasan sekeliling terutama rumah anda,membuat semburan disinfeksi tempat yang telah dicemari. Dan pastikan kita hapuskan tikus-tikus yang berkeliaran di mana-mana sahaja.
Terdapat banyak lagi cara-cara untuk mencegah,tetapi mungkin adakalanya kita mudah terlupa atau lalai. Paling mudah perkara ini berjangkit bagi aku adalah melalui Bekas Tin terutama minuman ringan yang diletak ditempat terbuka. Jadi wasapadalah dan jangan main teguk jer air tuh..Cuci bahagian atas atau pun minumlah menggunakan straw.
No comments:
Post a Comment