Alhamdulillah..hari ni dahpun nak sampai ke penghujungnya. Sebenarnya aku tgah. buat rangka n menaip isi untuk tesis dari tadi. Ni la program aku malam ni. Bila dah straight 4 jam kat depan laptop ni sambil menaip, mula la badan rasa lenguh-lenguh n mata pun da pedih. Tu la sebabnya aku ziarah kejap kat cni.hehe... Oh ye, hari ni la first day untuk permulaan sem lepas cuti kali ni. So, aku ada masa lebih kurang 7 minggu je lagi nak habis sem akhir. MasyaAllah! kejap je kan masa sekarang. Macam tu la antara tanda akhir zaman. Masa makin singkat. Berbalik pada kisah aku aku untuk hari ni. Macam ni le lebih kurang rentetan kisah aku untuk sepanjang hari ni.
# Pukul 9 pagi aku dah terpacak kat kelas..eh, silap. Aku dah masuk dan duduk atas kerusi dalam kelas sambil tunggu ustaz untuk kelas Hifz AQ.
# Pukul 10 pagi kelas habis. Terus selesaikan urusan memohon sticker kenderaan baru untuk sesi 2011/2012 ni. Naik lif ke bahagian pembangunan aras 1 minta pengesahan borang. Pastu naik lif lagi ke aras 2 untuk bayar sticker kenderaan RM4.00 kat bahagian bendahari. Lepas tu, patah balik pulak ke aras 1 bahagian pembangunan untuk amik sticker. Dah abis semua urusan, sampai umah pukul 11.30 pagi. Letih juga berulang-alik ke sana sini.Huhu..
# Hari ni x makan tengah hari sebab dapur kehabisan gas. Hujan pulak lebat sangat n aku pun sakit kepala sket. Jadi, x laratla nak redah hujan. Tengah hari, akku rest je kat bilik. Just makan roti n biskut, n minum susu.
# Lepas Asar, aku temankan roomate aku, Zah jumpa makcik die jap kat pekan Kuala Kangsar. Ainon n Islamiyyah dak umah aku pun ikut sekali. Selesai jumpa makcik die, kami ke kedai moto plak. Zah tukar lampu moto n Islamiyyah beli helmet. Da abis , g kedai kasut lak.Aku beli sandal baru n Zah lak beli selipar harian. Pastu, jenjalan lagi ngan diowg. Lapo kot mse tu. Yela..dah x mkn tengah hari lagi. Pukul 6 kami pun singgah la kat kedai makan yang dekat ngan umah kami. Dah settle keja petang ni.
# Malamnya pulak, aku mulakan operasi menyiapkan bahan tesis aku. Fuh! letih gak. Lepas ni, nak tido la. Esok, aku da plan dah aktiviti yang aku nak buat. Hope sumernye berjalan lancar. Semoga esok lebih baik dari hari ni kalo aku masiih dipanjangkan umur. Ameen..Lailan sa'adah.
No comments:
Post a Comment