09 May 2011

Topi konvo jangan dibaling

Assalamualaikum.

Aku dah habis study untuk peringkat diploma ni. InsyaAllah lepas ni nak sambung lagi. Tapi, konvokesyen kolej tak taula bila konpem nak diadakan. Selalunya bulan 9 hujung tahun. Sebut pasal majlis konvokesyen, aku teringin sangat nak pakai topi dan robe konvo tu. Kiranya pakej lengkap la untuk majlis konvo nanti. Tapi, kolej aku ni, waktu konvo studentnya tak pakai topi pun tapi cuma letak list atau renda yang disediakan je atas kepala.

Apa kaitan topi konvo yang aku cakap dengan entri kali ni? Kali ni aku nak berkongsi entri tentang topi yang dipakai waktu konvokesyen. Macam kat bawah ni..

Ehsan pakcik Google..

Ustaz kat kolej aku pernah cerita kat aku dan student yang lain masa dalam kelas. Dia ada bagitau tentang adab menuntut ilmu. Kalau zaman dahulu atau zaman orang alim ulama' dok belajar kitab-kitab lama, memang golongan macam ni jadi orang yang syadid dalam hal ehwal agama. Mengalahkan orang zaman sekarang ni. Sebab apa tau tak? Mereka sangat menjaga adab dan memelihara perkara-perkara yang boleh menyebabkan hilang keberkatan ilmu tu. Pada masa tu pula, kitab-kitab yang ada sangatlah tebal-tebal belaka. Mana ada yang nipis macam kita. Maksud aku, kitab agama sekarang ni la. Kitab yang ada zaman sekarang ni dah banyak diterbit, dicetak dan dikeluarkan semula dengan versi baru yang lebih ringkas dan mudah difahami. Lepas tu pula, orang alim ulama' dulu-dulu ni rajin betul dan sangat tekun belajar dari kulit buku hinggalah ke kulit buku yang akhir. Pendek kata, mereka belajar pada masa tu sebab nak dapat ilmu semata-mata. Bukan atas sebab lain.

Kemudian, ustaz aku cerita lagi yang ulama' zaman dahulu sangat memuliakan ilmu. Macam mana? Mereka pada waktu tu manalah ada rak buku atau almari untuk simpan buku dan kitab-kitab di tempat yang tinggi supaya tak dilangkah, dipijak dan supaya buku tu lebih terpelihara. Jadi, mereka akan usung kitab-kitab atau buku-buku tu semua di atas kepala mereka sendiri sampaikan bergilir-gilir tolong ampu buku atas kepala seandainya ada antara mereka nak ke mana-mana. Hebat kan orang alim ulama' waktu dulu? 

Merujuk pada kisah atau sejarah di atas, dapatlah kita ibaratkan topi yang kita pakai waktu konvokesyen tu sama macam kitab-kitab dan buku-buku ilmiah yang kita gunakan dalam belajar. Nilai atau simbolik di sebalik pemakaian topi konvo tu dapat kita kaitkan dengan sejarah nenek moyang kita yang mengagungkan dan meletakkan ilmu di tempat yang tertinggi sekali. Itulah simbol kejayaan dan kebanggan kita iaitu berteraskan ilmu @ buku.

Jadi, kalau boleh tak payahla nak baling-baling topi konvo macam yang selalu kita impikan tu. Aku dulu pun pernah teringin nak buat macam tu bila majlis konvo nanti. Tapi, tak eloklah kan kalau kita baling topi sebab tu umpama kita baling buku atau ilmu kita. Bukankah tempatnya di atas sangat mulia. Jadi, muliakanlah nilai ilmu tu dengan letakkannya di kedudukan yang tertinggi. Wallahu'alam.


P/s: Pernah dengar pendapat mengenai perkara ni? Aku dah cuba cari sumber rujuan di dalam internet tapi tak jumpa setakat ni. Kalau salah, tolong betulkan. Ini berdasarkan apa yang aku dengar daripada lecturer aku sendiri.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...