Assalamualaikum..selamat petang di hari hujung minggu.
Bila keseorangan di hujung minggu, mulalah diri asyik flashback semula masa-masa lalu bersama kawan-kawan. Serius, sangat indah waktu lalu terutama pada 3 tahun yang lepas. Saya dapat rasakan keindahan dalam bersahabat. Manisnya tu selalu ada. Rindu pulak nak jumpa sahabt-sahabat lama. Tak semua orang mudah sekepala atau memahami kita walaupun ada yang mempunyai fikrah berbeza dengan diri kita.
Sedar tak sedar, pejam celik..dah lama saya di sini.Baru-baru ni, ada dua orang sahabat saya yang berselisih faham. Puncanya sendiri tak dapat dikenal pasti. Yang pasti, seorang tu terasa dengan sahabat yang seorang lagi tanpa bersebab. Lumrah insan bersahabat. Kadang-kadang, kerana terlalu sayang dengan sahabat, kita mudah terasa hati walaupun dengan perkara kecil. Jadi, kita selalulah kena berdoa supaya persahabatan kita dengan sahabat yang lain tidak dicalari dengan perkara lain. Berdoalah supaya Allah selalu meredhai dan merahmati ikatan kasih sayang suci kita sesama saudara.
Ingin saya kongsikan sebuah kisah pada zaman Rasulullah sebagai iktibar kepada kita...
***
Pada zaman Rasulullah, ada dua orang sahabat baik yang bekerja sebagai pengembala kambing. Pada suatu hari, sahabatnya yang pertama bertanya kepada sahabatnya yang kedua, "Apakah engkau sahabatku yang benar-benar sahabat?".
Maka sahabatnya yang kedua menjawab, "Bukankah kita telah bersama semenjak masih kecil dan membesar bersama-sama. Aku tidak pernah mengkhianati dirimu. Apa lagi yang mampu aku jadikan bukti bahawa aku benar-benar sahabatmu?".
Sahabat yang pertama tadi membentak, "Sesungguhnya kamulah manusia yang paling pendusta".
Sahabatnya yang kedua tadi berasa kehairanan dan bertanya apakah kesalahannya sehingga sahabatnya itu melayannya seperti itu. Sahabat pertama tadi mennjawab, "Pulanglah kau ke rumah, dan carilah jawapannya dan esok datanglah kau berjumpaku".
Seharian sahabat kedua tadi mencari punca dia dimarahi sahabatnya . Sedangkan sahabatnya tidak pernah berkelakuan sedemikian sebelum ini.Keesokan harinya, dia bertemu semula dengan sahabatnya yang pertama itu. "Wahai sahabat, puas sudah aku mencari jawapan untuk soalanmu tapi tidak juga aku temui", katanya sambil menangis. "Katakanlah wahai sahabat, apakah kesalahanku".
Sahabat pertama merenung sahabat kedua, "Pernahkah kau mengingatkan aku supaya mengucapkan dua kalimah syahadah atau berselawat ke atas junjungan kita ketika kita berehat dari lelah bekerja dan bersembang kosong?". Sahabatnya menggeleng.
"Pernahkan kau mengingatkan aku supaya segera solat dan dan kebaikan segera bersolat ketika azan berkumandang ?". Sahabatnya menggeleng kepala.
"Pernahkah kau menasihatkan aku supaya berpuasa setiap hari di bulan Ramadhan?", Sahabatnya menggeleng lagi.
"Pernahkah juga kau mengingatkan aku untuk mnunaikan tanggungjawab untuk mengeluarkan zakat?". Sahabatnya menggeleng lagi seraya menangis.Namun sahabatnya pertama tadi meneruskan soalannya.
"Pernahkah juga mengajak aku mengerjakan haji setiap kali kita menunaikan haji setiap kali kita dikurniakan lebihan rezeki?". Sahabat kedua mendiamkan diri sambil menangis teresak-esak.
"Tidak pernah bukan??Maka tidak layaklah engkau bergelar sahabat padaku. Engkau tidak pernah membantu aku melarikan diri daripada neraka jahannam.Pergilah kau. Mulai hari ini kita bukan lagi sahabat".
***
Pengajarannya, lihatlah ke dalam diri kita sendiri sebelum mengharapkan kebaikan daripada sahabat. Diakui, kita sendiri tidaklah begitu sempurna dan masih dalam usaha mendekatkan diri dengan Allah. Jadi, tiada salahnya kita mengajak sahabat bersama-sama ke arah itu. Kejarlah akhirat bersama-sama. Mudah-mudahan bukan sahaja kita dapat bersamanya di dunia, bahkan juga di akhirat. Sama-sama memperbaiki diri supaya tidak menjerumuskan diri ke lembah neraka jahannam.
Berhati-hatilah dengan segelintir sahabat yang sebegini. Bukan ingin meminggirkan dia, tetapi seandainya kita sendiri tidak mampu mengubah diri sendiri adalah sukar juga untuk mengubah sahabat yang lain. Jadi, tinggallah atau jangan terlalu dekat dengan sahabat seperti golongan seperti ini,
1. Sahabat yang tamak : Dia sangat tamak, dan hanya memberi sedikit dan meminta banyak, dan hanya mementingkan diri.
2. Sahabat hipokrit : Dia bersahabat hanya kerana berkenaan hal-hal lampau atau hal-hal mendatang dan berusaha mendatangkan simpati dengan kata-kata kosong , dan jika ada kesempatan membantu dia menyatakan tidak sanggup.
3. Sahabat pengampu : Dia setuju dengan semua perbuatan kamu tidak kira betul atau salah , yang parahnya dia setuju dengan hal yang dia tidak berani untuk menjelaskan kebenaran. Di hadapan dia memuji, di belakang dia merendahkan dirimu dan mengkhianati amanahmu.
4. Sahabat pemboros dan suka hiburan : Dia menjadi kawanmu jika kamu suka berpesta, suka berkeliaran, melepak pada waktu tidak sepatutnya. dan suka ke tempat-tempat hiburan yang melalaikan.
5. Sahabat yang membawa kita jauh daripada Allah : Seorang yang tidak menambah kebaikanmu di dunia lebih-lebih lagi di akhirat. Seorang yang tidak menambah manfaatmu di akhirat kelak bukanlah teman sebenar.
P/s : Berhati-hati memilih kawan. Kawan adalah cerminan peribadi seseorang. Berkawanlah kerana Allah untuk mencari redha-Nya.
Wallahu'alam~
No comments:
Post a Comment