13 April 2012

Cara Nabi Muhammad s.a.w. kita berjenaka bersama sahabatnya

Assalamualaikum..

Salam hari penghulu segala hari yakni hari Jumaat yang penuh barakah. Ingin saya kongsikan secebis kisah pada zaman sahabat dahulu mengenai akhlak Nabi kita, Muhammad s.a.w bersama dengan sahabat baginda, Saidina Ali..

Pada suatu hari di waktu petang yang nyaman, Nabi kita sedang duduk dan makan buah tamar ataupun kurma (salah satu makanan kegemaran Nabi) bersama-sama Saidina Ali. Konon-kononnya, Nabi ingin berjenaka dan mengenakan Saidina Ali. Saidina Ali pun makan buah tamar bersama-sama Nabi. Tiba-tiba, setiap kali Nabi makan buah kurma, pasti bijinya itu Nabi letakkan di tempat Saidina Ali, Sampailah jadi banyak biji buah tamar itu di tepi Saidina Ali, tetapi tiada sebiji pun biji tamar di tempat Nabi. Lantas, Nabi pun berkata,


Nabi : Wahai Saidina Ali, sesungguh engkau sangat kuat makan.
Saidina Ali : (Baginda pasti mahu bergurau denganku, fikir Saidina Ali. Saidina Ali pun berfikir untuk mengenakan Nabi.) Kemudian, dia berkata : Sesungguhnya orang yang kuat makan adalah yang makan  buah tamar beserta biji-bijinya sekali.


Hehe, siapa yang baca btul2, mesti faham jenaka dua sahabat ini:)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...