24 February 2012

Kisah "AED 9***"

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, kita sama2 masih bernafas pada hari 'sayyidul ayyam' yang merupakan penghulu segala hari. Setelah mengharungi kelas yang penuh semalam, aku dapat merehatkan diri di bilik. Sebenarnya, agak bosan bila rakan-rakan sebilik keluar pergi berjalan-jalan. Maklumlah, masing-masing takde kelas kan. Aku yang keseorangan di bilik pun ambik peluang ni untuk selesaikan kerja-kerja yang tergendala. Urusan kendiri cuba disiapkan sementara cuaca harini yang cerah dan terang.

Bila dok sorang-sorang dalam bilik, mula lah teringat mama. Jadi, aku pun kol mama. Hajat di hati nak borak-borak benda lain dan tanya khabar je. Tetiba mama pulak buka topik pasal transport untuk aku ke kelas nanti. Mama kata, abg cik aku da setuju nak biarkan aku bawa plak keta kancil die. Yela..dah lama aku tak pakai keta tu. Dulu, sempatla juga pakai selama 3 sem akhir di KISDAR untuk kegunaan ulang-alik ke kuliah. Kali ni, kalau diberi peluang bawa 'dia' lagi, aku taktau macam mana plak sebab dah lama tak bawa kereta. Tambah-tambah lagi, kawasan di tempat aku belajar ni agak sibuk dan besar. Kalau dulu setakat di Kuala Kangsar, aku dah confident nak bawa merata. Tapi, di Nilai ni kena lah sesuaikan dengan suasana baru.

Banyak tau kenangan aku dengan 'dia' nih...

Antaranya:

- Bermulanya era perubahan dalam kehidupan aku semasa sem 4. Daripada naik basikal ke kolej, kemudian pinjam moto Amirah, housemate aku dan akhirnya aku diberi kepercayaan untuk bawa keta.

- Bawa kawan-kawan serumah yang seramai 10 orang semuanya makan di Pizza Hut. Terpaksa berulang-alik 2 kali sebab masa tu hujan lebat, jadi masing-masing takleh berkonvoi naik moto.

- Banyak kali nak 'fail' time naik bukit bila bawa ramai kawan. Lupa tukar gear..huhu. Nasib baik berjaya naik bukit walaupun agak semput.

- Aku berjaya juga balik umah drive sorang-sorang dari Kuala Kangsar ke Parit Buntar. Dua kali je pun dan itupun tanpa pengetahuan baba n mama. Bila tengok je aku sampai umah, mama terkejut dan tanya aku balik dengan sapa..hehe. Alhamdulillah, aku selamat tiba kat umah. Lepas tu, baba memang tak bagi dah aku drive sorang-sorang. Padahal, sebelum ni pun memang dia dan pesan. Siap cakap macam ni: "Kalau nak balik uamh, gtau baba nanti baba amik kat Kuale".

- Kami selalu 'mandi' sama-sama time aku tak ada kelas. Tak pernah lagi la aku hantar 'dia' untuk 'mandi' di kedai cuci kereta.

- Selalu jadi mangsa kucing siapa ntah. Bila bangun pagi nak ke kelas, mesti ada kesan tapak kaki kucing di atas bonet depan kereta. Kesian 'dia' pagi-pagi dah kotor.

- Dapat bawa kawan-lawan berkelah ke Ulu Kenas


Pendek kata, saya saaayangggg '"DIA" ^___________^ Terima kasih ye sudi temankan saya setiap masa..


Kerana dirimu begitu berharga....



3 comments:

Ckin Kembaq said...

untunglah..hehe

aPiEd said...

dapat DL, sem depan leh guna "saya" semula yer :p hehee..

- pemilik tinta hati - said...

@ ckin : Alhamdulillah la..hehe

@ abg cik : hehe...doa2kan le

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...