06 May 2011

Nona @ srikaya? Mana satu yang betul?

Assalamualaikum..

Cuba teka, ni buah apa??
Pernah tak makan?


Macam durian belanda pun ada. Tapi dua jenis ni sama jenis je, cuma nama lain sket.


Isinya sebijik macam durian belanda. Tapi, bukan. 


Inilah buah nona. Tapi isi jenis ni keras sikit. Pernah tumbuh belakang rumah.
Kurang gemor jenis nih..hehe


Haa..jenis ni sedap..sama spesis dengan nona. Tapi lagi femes dengan nama srikaya.
Isinya manis dan macam rasa kastard bila masak ranum. Custard apple nama saintifiknya.


Jarang jumpa jenis ni. Ada yang cakap ni jenis srikaya belanda.


Info tentang buah nona @ srikaya:

" Buah Nona atau nama sainsnya Annona squamosa, merupakan sejenis buah yang boleh dimakan dan dijual dipasar tani. Buahnya kilit yang berbonggol dan mempunyai banyak biji.
Terdapat pelbagai jenis Nona, antaranya yang mempunyai kulit bewarna hijau atau merah. Pokoknya merupakan pokok renek 6-8 meter tinggi. Daunnya berselang, ringkas, oblong-lanceolate, panjang 5-17 cm dan lebar 2-5 cm. Bunganya dihasilkan dalam kelompok 3-4, setiap bunga 1.5-3 cm, dengan enam kelopak, hijau-kuning dengan keungguan dipangkal.
Buah biasanya bulat atau bujur, berbonggol-bonggol, 6-10 cm keratan rentas dan seberat 100-230 g. Isi buah boleh dimakan, putih sehingga kuning cair, menyerupai dan rasa seperti kastad. Bijinya tersebar dalam isi buah, perang hingga hitam, sepanjang 12-18 mm, dan keras berkilat.
Secara tradisi, buah nona sering diperam di dalam kepuk beras sehingga masak". sumber - wikipedia

P/s: Kalau jumpa buah nona ni, cubalah rasa. Sedap dan aku makan dengan mencedok guna camca je isi buah tu. Tak payah nak kupas-kupas kulit dah sebab lembut sangat isi dia.

3 comments:

athirahassin said...

sedap.... siyes ske buah nona tp ssh nk jmpe skang... huhuhuhuhh

- pemilik tinta hati - said...

athirah: memang pun..pyh jumpa

- pemilik tinta hati - said...

@ nadh: sama2:) memang nak join MO punya contest pun..tapi xde kesempatan lagi nak join. InsyaAllah dalam minggu ni nak join

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...