06 May 2011

Barakah hari Jumaat

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, kita masih bernafas pada hari ini terutamanya pada hari Jumaat yang mulia ni. Hari Jumaat ialah hari yang terbaik dan dikenali sebagai penghulu segala hari. Bersyukurlah kita dapat menikmati lagi Jumaat pada minggu ni.

Antara kelebihan hari Jumaat yang perlu kita ketahui ialah:

  • Orang yang meninggal dunia pada hari Jumaat akan terlepas soal jawab kubur hingga hari Kiamat.
  • Sesiapa yang membaca surah Ali Imran pada hari Jumaat, maka Allah dan malaikat mendoakan kebaikan ke atasnya sehingga matahari terbenam pada hari itu.
  • Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Said Al-Khudri bermaksud: “Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, Allah menerangi hidupnya antara dua Jumaat.”
  • Sesiapa membaca Surah Yassin pada malam Jumaat, Allah mengampunkan dosa kecil yang dilakukan, demikian menurut hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Hurairah.
  • Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Abi Khatadah, bermaksud: Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seolah-olah dirinya bersih hingga Jumaat akan datang.
  • Mereka yang mendirikan solat Jumaat antara satu Jumaat ke satu Jumaat berikutnya, maka Allah mengkifaratkan atau mengelakkan dia daripada terbabit dosa besar.
  • Mereka yang berdoa dengan penuh keikhlasan hati pada Jumaat, mudah dimakbulkan Allah.

    * Nak tau lagi kelebihan hari Jumaat??
    Singgah sini ya: 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...