03 May 2011

Bunga Yang Cantik Jarang Harum

Assalamualaikum..

Untuk menyayangi seseorang, tak perlu dilihat pada luaran tetapi lihatlah dalamannya. Sama juga perumpamaan yang diberikan untuk bunga sebagai contoh.Bunga oh bunga..... Bunga yang cantik, jarang yang harum. Kalau adapun, tak banyak. Lihat saja di taman bunga. Mana satu pilihan si peminta madunya. Yang harum dah tentu kerana baunya yang memikat. Sama seperti manusia. Lahiriah dan batiniah harum, semestinya jadi perhatian. Cantik saja tak cukup kalau ianya tak seharum dalam dan luar. Setuju atau tidak kalau aku katakan yang bunga tahi ayam sama cantiknya dengan bunga mawar? Bezanya hanya dari segi bau saja kan. Bunga mawar atau ros ni, kalau dah habis baunya dan dah lama maka layulah bunganya. Tapi, bunga tahi ayam, walaupun tak wangi tapi tetap segar dan senang dijaga. Nah! Nak jadi bunga tahi ayam yang tetap segar berseri sepanjang masa, atau nak jadi bunga mawar yang hanya mewangi buat seketika? Tepuk dada tanya selera!




Bunga mawar @ bunga tahi ayam???
Mana satu jadi pilihan?





1 comment:

Dana said...

This was loveely to read

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...