Lama tak menulis..lama tak menaip..maka kosonglah jiwa, hati suram kerana tak dapat cerna minda. Kadang-kadang kita tak dapat meluahkan sesuatu dengan kata-kata. Yang mampu, hanya melalui pena yang sekarang ni lebih maju ibarat dunia di hujung jari. Minggu ni aku tak punya masa untuk menaip. Manakan tidak, dengan tesis dan anak sedara yang dah bertambah ni. Esok ada majlis kesyukuran sempena cucu baba aku yang ketiga. Penat betul bila kenduri-kendara ni. Hope esok majlis berjalan lancar..
Detik itu..
Tiba detik yang gusar itu
Bila hati gundah jiwaku kaku
Bila jiwaku kaku resah bertamu
Bila resah bertamu rawan pula wujud
Mematikan segala yang indah
Aku tak mahu begitu
Kerana aku memang begini
Tetap begini
No comments:
Post a Comment