Assalamualaikum.
Malam ni, aku teringat la pulak pengalaman zaman kecik dolu-dolu. Pengalaman? Mungkin lebih kepada kenangan kot. Beza umur aku dan abang cik @ abang kedua aku ialah 5 tahun. Aku pulak masa tu anak bongsu mama dan takde kawan sebaya aku sangat kat taman rumah yang aku dok tu. Jadi, abang cik la kawan aku zaman tu. Aku ingat lagi waktu-waktu ni...
1. Main kereta mainan
Baba ngan mama aku memang jarang beli mainan kat kami adik-beradik. Masa aku kecik-kecik pun, tak banyak mainan aku ada dan aku pulak bukan jenis suka minta sangat macam budak-budak sekarang ni. Yang selalu aku main pun game masak-masak, tapi sorang-sorang. Mana best kan. Abang cik la selalu ajak main kereta mainan yang kecik tu. Aku main parking-parking kereta la kononnya. Macam ape je men benda tu masa zaman tu. Aku pun baru umur 7 tahun, mana tahu apa sangat. Layan je la main ngan dia. Sekarang ni dia suka flashback balik dan kata kat aku "U tak ingat ke dulu kita penah main keta mainan tu??" Sambil ajuk cara aku main dulu tu. Segan plak kat dia.
2. Main pondok-pondok
Nak tau pondok kitorang camna? Abang cik aku punya idea la ni. Dia amik payung kat umah aku dan buka sambil letak atas lantai tepi garaj tempat letak kereta. Ala-ala landing tepi pantai la konon. Sekali tu, pernah kitorang main sambil minum petang kat luar rumah tu. Tiba-tiba je, siku abang cik tersigung gigi aku masa dia ubah posisi nak landing. Alamak..kantoi la aku. Dalam ati aku dok pikir macam tu. Mana taknya, gigi atas aku tu memang dah longgar sangat. Nak bagitau baba rasa takut sebab takut sakit cabut gigi. Terus abang cik masuk rumah dan report kat baba. Sob..sob...tak sempat nak halang dia. Petang tu juga baba aku cabut gigi aku. Senyum lebar je dia. Tak patut btol..huh.
3. Berebut cucur udang
Yang ni lak tragedi sadis yang berlaku ke atas abang cik. Bila kitorang cerita balik kisah ni kat akak ipar aku, mesti dia cakap, "Hang punya pasal la ni". Haha..Lawak la abang cik ni. Ada ke patut dia bawa balik cucur udang yang dia beli kat sekolah rendah tapi tak mau bagi kat aku. Aku minta kat dia, mati-mati dia jadi kedekut. Padanla dengan aku pun. Nama pun budak-budak lagi, mana la reti Melayu kan. Sampai nangis-nangis minta cucur udang tu. Last-last, baba ku dah fed-up dengar kitorang bergaduh. Dia marah abang cik. Bila abang cik ketegaq jugak, dihalaunya abang cik keluar makan cucur udang tu kat luar rumah. Dengan muka geramnya dia pun bawa pinggan yang berisi cucur udang tu sambil duduk makan di bangku simen tepi longkang rumah aku! Kesian kan..Lepas tu, lagi kesian bila tak lama lepas tu dia masuk rumah dengan pinggan kosong. Mak aku tanya dia, mana perginya cucur udang tu? Dia cakap, "Kawan mama mai. Apid malu makan tepi longkang. Terus buang cucuq kat tepi longkang tu". Mak aku pun terus pi layan kawan dia yang dah bagi salam depan rumah tu.
4. Tukar sekolah baru
Untuk pertama kalinya, aku akan menjejakkan kaki ke darjah1 masa tahun 1997 di SK Methodist. Disebabkan takut takda kawan kat sekolah, aku ajak abang cik pindah sekolah sama dengan aku. Masa tu, abang cik nak masuk darjah 6. Sebelum tu, dia sekolah kat SK Permatang Tok Mahat. Antara rela tak rela jer dia nak pindah sekolah. Last-last, dia pindah juga sekolah ke sekolah yang sama dengan aku. Lepas tu, aku dan abang cik la sama-sama naik bas pi dan balik sekolah. Merasa la jugak dia setahun bersekolah sama dengan aku. Kadang-kadang kat kantin dia la jadi dietition aku:p
5. Kena sembur Ridsect @ spray nyamuk
Peristiwa ni dah bukan zaman budak-budak. Masa ni masing-masing dah remaja. Aku dah masuk sekolah rendah, abang cik masuk universiti dah pun. Puncanya aku tak berapa ingat. Yang aku pasti, aku ada perli dia. Konon nak melawak la. Aku la mangsa yang kena spray kat mata tu! Kena lak time tu dia tak makan lawak macam biasa. Bengang dengan aku kot, terus dia capai spray nyamuk H20 jenama Ridsect tu dan spray kat mata aku. Adoi...pedih giler. Dalam kepala aku dok pikir jadi buta dah. Terus lari gi toilet dan celup mata dalam air. Nangis pun tak terasa sebab pedih. Dia pulak buat taktau je lepas kena marah dengan baba. Tapi, lepas tu aku takde la simpan dendam pun.
Setakat ni la dulu entri aku tentang kenangan dengan abang cik. Walaupun rajin gaduh, tapi banyak kenangan berharga antara aku dengan dia. Sekarang ni dia dah keja kat Shah Alam n tinggal dengan bini dia. Will be a father soon:) Luv u Bang Cik..
2 comments:
I like this.,., ^_^
kenangan mengusik kalbu.. huhuu.. sat jaa masa berlalu.. ghasa mcm bru smlm peristiwa tuh berlaku.. i luv u too my dear sis ^_^
Post a Comment