Bismillahirrahmanirrahim..
Selalulah buat hati gembira:) |
Arini aku tiba-tiba terdetik satu benda nih. GEMBIRA. Setiap orang kalau boleh nak hidup dia selalu gembira, bahagia, seronok dan semua perasaan yang seumpama dengannya. Kalau nak buat satu benda tu, mesti nak feedback gembira a.k.a. rasa puas dan bahagia. Indah kan jiwa-jiwa yang selalu gembira ni? Kita asyik fikir tentang hati kita. Kita asyik fikir dengan perasaaan kita. Dan kita juga selalu saja ambil peduli tentang hal ehwal peribadi diri saja. Tapi, pernahkan kita fikirkan tentang keadaan orang lain? Adakah yang gembira macam kita ni? Ataupun masih adakah yang kurang baik seperti kita? Mungkin mereka sedang bersedih kala ini?? Pernah tak kita cek balik semua benda ni? Aku sendiri pun kadang-kadang terlepas pandang benda ni. Mungkin orang lain anggap perkara ni isu yang remeh-temeh. Ya la..bahagia tu milik dan ketentuan masing-masing. Buat apa nak ambil kisah hal diorang. Pandai-pandailah diorang cari jalan keluar dan mencari bahagia tu sendiri!
Cuba bayangkan makcik yang jual kuih kat gerai pagi tadi. Kalau kita pergi gerai dia dan terus bayar duit macam tu saja, apa perasaan dia?? Mungkin dia kecik hati. Dah tak bahagia dia rasa. Mungkin kan..Kebarangkalian yang akan terjadi. Dia mesti rasa orang tu tak suka dia. Secara tak langsung, dia tak berapa gembira hatta kuih dia haritu sangat laku.
Situasi kedua pula, kita tengok saja keadaan yang terdekat iaitu kawan kita. Kawan kan orang yang paling rapat dengan kita terutamanya aku yang masih belajar ni. Tinggal serumah dengan kawan-kawan yang lain. Pernah tak kita selalu buat dia gembira? ataupun selalu buat dia sedih dengan sikap kita yang kita tak sedari?
Jarang kita nak perasan benda ni. Apa salahnya kita belanja dia minum luar kalau kita terkesan dengan mood dia yang mendung je kebelakangan ni. Cuba ringankan tangan tolong dia selalu tak kiralah tolong angkat baju dia kat ampaian ke. Tak pun, cuba buat dia seronok dengan berkongsi cerita dengan dia. Mana tahu, dia ada masalah.
Dan yang paling penting, berapa banyak dah kita gembirakan mak dan ayah kita?? Selalunya mereka saja yang buat kita gembira. Pernahkah kita teringat derita atau susah payah mak ayah nak sekolahkan kita demi nak buat kita gembira dengan jumpa kawan baru? Pernahkah kita tanya penat mak yang sibuk masak di dapur untuk masak masakan kegemaran kita demi menyambut anak yang dah lama tak balik rumah? Cubalah hargai jasa mereka sementara mereka ni masih ada. Walaupun sekadar sepicing senyuman dan sedikit bantuan yang dihulurkan, dapatlah kita membuatkan mak ayah tersenyum bahagia.
Sebenarnya, takrifan gembira ni terlalu universal. Banyak cara boleh buat orang di sekeliling kita gembira. Allah pun suka kalau kita selalu cuba membahagia dan menggembirakan orang lain. Sesungguhnya senyuman mereka amat berharga buat kita.Tak salah kita buang ego yang melangit tinggi tu demi menggembirakan orang lain. Dan juga taklah hina kita bantu nenek yang tua tu buat kerja-kerja dia. Hak untuk bahagia tu bukan hak kita saja. Bahagia tu hak semua orang. Ingat-ingatlah sama orang lain yang tak pernah mengecap bahagia. Bahagia akan datang dengan hati suci murni yang bertamu. Ini kerana, gembira ni bukan selalu datang. Bila ujian datang dari Allah, mungkin pada waktu itu baru terkesan di hati kita tentang derita yang pernah dirasai orang lain sebelum ni.
Konklusinya, senyuman tu sangat indah jika datang dengan hati yang gembira. Gembira tu anugerah Allah yang tidak ternilai buat setiap individu. Belajarlah untuk menggembirakan hati dan menggembirakan orang lain.
No comments:
Post a Comment