18 April 2011

Suka tengok filem ni:)

Assalamualaikum..




Pernah dengar lagu di atas? Itulah lagu tema untuk filem yang aku suka tengok ni..KETIKA CINTA BERTASBIH..Filem ni diadaptasi daripada novel karya Habiburrahman Syirazi. Ini la sinopsis filem Ketika Cinta Bertasbih..


***



Ketika Cinta Bertasbih mengisahkan masalah mencari cinta sejati dengan cara Islam. Dalam filem ini, sentuhan fizikal antara lelaki dan perempuan dilarang sama sekali. Watak utama, Khairul Azzam dilakonkan M Cholidi Asadil Alam, seorang pelajar Universiti al-Azhar di Kaherah. 


Khairul berasal daripada sebuah keluarga sederhana terpaksa bekerja untuk menyara ibu dan adik-adik perempuannya di Yogyakarta. Beliau juga adalah seorang aktivis dan mengamalkan Islam dalam hidupnya dan kegigihannya itu memikat Eliana yang dilakonkan Alice Sofie Norin, anak duta Indonesia. 


Khairul bagaimanapun menolak cinta Eliana dan memilih Anna Althafunnisa yang belum pernah dikenalinya. Watak Anna dilakonkan oleh Oki Setiana Dewi. Anna akhirnya bersetuju mengahwini Khairul tapi dengan syarat beliau berjanji tidak akan berpoligami dan menguatkan hujahnya dengan hadis Rasulullah. Pelakon lain yang turut membintangi filem ini adalah Meyda Sefira dan Andi Arsyil Rahman Putra.



***
Rupa-rupanya, sebelum filem ini dibuat, satu uji bakat telah dijalankan selama tiga bulan setengah untuk memilih pelakon dalam filem ini. Pelakon utama filem ini ialah Kholidi (Odi). Muka dia macam matang, tapi rupa-rupanya umur dia baru 20 tahun. Sebelum menyertai audition film Ketika Cinta bertasbih (KCB), dia bekerja sebagai penjual kain dan ayam goreng. Dalam film ni Odi memegang watak Khairul Azzam seorang mahasiswa Indonesia yang menuntut di Universiti Al-Azhar, Cairo, Mesir. Perjalanan hidupnya di bumi Cairo diwarnai dengan pelbagai suka duka serta rona-rona indah cinta apabila hatinya tertaut dengan pesona kecantikan dan petah bicara Anna Althafunnisa (Oki). Hidupnya diserikan juga dengan kehadiran rakan seperjuangannya, Furqan (Andi) yang menghidapi AIDS dan adiknya, Ayatul Husna (Meyda) serta Eliana Pramesthi Alam (Alice), perawan jelita yang hidupnya berkiblatkan Barat.


Sebenarnya, pencarian 5 bintang utama filem ini diadakan menerusi uji bakat bertujuan bagi memastikan setiap pelakon mampu menjiwai nilai-nilai indah Islam itu sendiri. Daripada 5 pelakon yang berjaya membarisi filem ini, salah seorang daripadanya merupakan pelakon Indonesia, Alice Sofie Norin. Selain Alice, antara teraju utama film ini ialah Kholidi Asadil Alam, Oki Setiana Dewi, Andi Arsyil Rahman Putra, Meyda Sefira, Deddy Mizwar, Niniek L. Karim, Didi Petet, Habiburrahman El Shirazy, Aspar Paturusi, Din Syamsudin, Slamet Rahardjo, dan El Manik.


Lagi maklumat tentang filem KCB, klik SINI dan SINI.


Aku suka tengok cerita ni sebab:
- Cerita ni ada moral value. Kita nilai sendiri lepas tonton tu.
- Pelakon dia cantik dan manis pakai tudung. (meaning memang jenis yg pakai tudung daily kot, jadi dlm filem tak buka-buka pun)
- Ada banyak percakapan atau dialog dalam cerita ni yang guna bahasa Arab. Aku suka la dengar diorang cakap Arab. Fluent betul.
- Nak nangis jer tengok cerita ni. (bila hati cepat terkesan dan ada kesedaran la tu...)
- Suka tengok suasana dan pemandangan kat Sungai Nil dan lain-lain tempat kat Mesir tu.


Tu je la tentang filem ni. Ni antara barisan pelakon KCB:


Kholidi Asadil Alam sebagai Khairul Azzam


Oki Setiana Dewi sebagai Anna Althafunnisa


 Andi Arsyil Rahman Putra sebagai Furqan


Alice Sofie Norin sebagai Eliana Pramesthi Alam


Meyda Sefira sebagai Ayatul Husna

Lagi...Trailer filem





2 comments:

Ain Dzaya said...

citer feveret ain jugk taw! bile tgok citer nie..ada keinsafan sikit dalam diri =)

Ain Dzaya said...

citer feveret ain jugk taw! bile tgok citer nie..ada keinsafan sikit dalam diri =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...