10 April 2011

Aku si "O"

Assalamualaikum..


Sapa darah dia jenis A? Takpun B? AB? O? Oooooo... Tak tau?? Pi lekas klinik. Cek cepat jenis darah masing2. Aku dulu pun tak tau darah jenis apa. Yela tiba-tiba risau lak. Mama ngan baba darah jenis O, jadi sepatutnya memang aku darah jenis O lah kan..Adik beradik aku yang lain pun O gak. Lepas pi klinik dan cucuk sket, terbuktilah yang aku memang dari jenis darah "O negative". Darah jenis O ni macam mana ar??


Sebelum tu, baca ni dulu:


" Jenis darah (atau kumpulan darah) ialah pengelasan darah berasaskan kehadiran atau ketiadaan bahan-bahan antigen terwaris pada permukaan sel darah merah (SDM). Antigen-antigen ini berbentuk protein,karbohidratglikoprotein, atau glikolipid, bergantung pada sistem kumpulan darah. Sesetengah antigen ini juga didapati pada permukaan jenis sel lain pada pelbagai jenis tisu. Dari satu alel (atau gen-gen yang terkait rapat), sebilangan antigen permukaan sel darah merah ini bersama-sama membentuk sebuah sistem kumpulan darah. Jenis darah adalah terwaris dan mewakili sumbangan dari kedua-dua ibu bapa. Sejumlah 30 sistem kumpulan darah manusia kini diitiraf oleh Persatuan Pemindahan Darah Antarabangsa (International Blood Transfusion Society, ISBT).
Ramai wanita hamil mengandung janin yang berlainan jenis darahnya, dan badan si ibu boleh menghasilkan antibodi sebagai perlindungan dari SDM janin. Adakalanya, antibodi keibuan ini merupakan IgG, sejenis imunoglobulin kecil yang boleh merentasi uri lalu menyebabkan hemolisis SDM janin yang boleh membawa kepada penyakit hemolisis bayi baru lahir, iaitu penyakit kiraan sel darah rendah yang boleh menjadi ringan atau parah."




Nak tau lebih lanjut info pasal darah,baca SINI. Aku pun tak reti sangat nak terang bab Sains ni.
Lepas tu pula, dalam FB aku ada kawan tag aku dalm kategori darah pulak dah. Dah la dia tag jenis darah silap. Yang betul tag darah jenis O, ada tulis tentang peribadi melalui jenis darah lak. Boleh caya ke agak-agaknye ye?? 

DARAH 'O'
" Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan. 
Sekiranya menginginkan sesuatu, kamu akan berusaha untuk mencapai 

matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya kamu

dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu kamu juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan 
tekanan kepada diri kamu sendiri. Oleh yang demikian kamu harus lebih 
bijak mengawal emosi diri mu agar tidak dikuasai dengan tekanan."


P/s: Nak derma darah? Jom tengok cara-caranya di sini: Kempen Derma Darah

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...