Setiap insan mempunyai rasa ingin cantik. Cantik itu amat luas pengertiannya. Cantik bersifat universal yang mana ia boleh diinterpretasikan dalam pelbagai cara. Namun, pengertian cantik yang sering kita dengar daripada orang ramai seringkali berbeza. Ada yang berpendapat berwajah putih lebih cantik daripada berkulit hitam. Ada juga yang bencikan jerawat kerana menganggap penghalang kepada kecantikan wajahnya. Pelbagai difinisi cantik dapat kita dengar. Tapi, kecantikan yang sebenar datangnya dari hati yang bersih dan cantik.
Pernah atau tidak kita melihat seseorang yang wajahnya gelap dan biasa sahaja tanpa palitan mekap, namun amat manis dan sejuk di pandangan mata orang lain? Barangkali wajahnya disinari dengan cahaya keimanan mungkin. Siapalah kita untuk menilik orang lain melalui pelbagai sudut.
Sebenarnya, cantik adalah satu ujian. Boleh jadi juga cantik adalah satu anugerah.
1. Meningkatkan rasa syukur dalam diri si pemilik akan kurniaan Ilahi ini.
2. Daya yakin pada diri sendiri juga lebih tinggi.
3. Sedap mata yang memandangnya.
4. Maintenance juga lebih rendah kerana tidak perlu mengeluarkan kos produk kecantikan.
5. Ianya satu anugerah yang luar biasa sekiranya sebelum ini dirinya hanya biasa-biasa sahaja.
Cantik juga sebagai satu ujian kerana:
1. Selalu dijadikan bahan komersial.
2. Sering disayangi hanya kerana rupa yang ada padanya.
3. Riak akan timbul dalam hati. Nauzubillahiminzalik..
4. Maintenance agak tinggi dan boleh menimbulkan masalah dalam rumahtangga jika sudah berkahwin.
5. Ianya satu ujian yang besar sekiranya nikmat cantik itu ditarik sekelip mata sahaja.
Berdasarkan apa yang dapat dikongsikan ini, kita sepatutnya muhasabah diri sendiri. Jika cantik kita ini akan menambahkan lagi ketaqwaan kepada Allah dan mendekatkan lagi kepada-Nya sebagai tanda bersyukur, Alhamdulillah. Namun, seandainya cantik kita mendatangkan fitnah dan ujian maka bersabarlah dan sentiasalah mengingati Allah. Sesungguhnya kecantikan yang kita miliki ini bukannya hakiki.
Wallahua'lam.
No comments:
Post a Comment