08 February 2011

Muslimah yang Tidak Islamik?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Semoga hari ni anda sihat selalu. Sejak akhir-akhir ni aku asyik selsema saja. Sebab tu asyik dok rumah sambil melayan majalah Solusi yang mama beli. Dalam Solusi isu terbaru ni, isu 28 Tanpa Akhlak Rosak Ibadah banyak memberikan aku input yang tak pernah aku tahu. Yang paling aku terkesan sekali dalam ruangan 'Beduk Diketuk' oleh Imam Global, m/s 36. Dalam bab ni, tajuknya tentang "Jadikan Masjid Tempat Orang Jatuh Hati Bukan Jauh Hati". Antara yang dibincangkan dalam tajuk ni ialah tentang isu membaca surah panjang di R&R, golongan muslimah yang tidak islamik, masjid 'mesra' orang pencen, pengurusan masjid secara profesional dan daripada mengutuk kepada memujuk.

Tapi, dalam entri kali ni aku nak menyentuh dalam bab "Muslimah yang tidak islamik". Ini kerana, aku juga seorang muslimah dan semestinya aku sentiasa nak menjadi muslimah yang islamik bertepatan dengan hukum syarak. Kisahnya dalam majalah Solusi itu aku kongsikan di sini sepertimana diceritakan oleh Imam Global :

*****

"Tolong pakai jubah ini. Tudung ini sekali. Tutup bahagian bawah dan dada," kata penjaga masjid kepada beberapa orang wanita Melayu.

Sambil ketawa dan bergurau senda, wanita-wanita tersebut mengenakan pakaian yang dimaksudkan oleh penjaga masjid. Jelas sekali mereka berasa lucu dan menganggap itu satu pengalaman yang kelakar.

"Eh, kau nampak macam ustazah!".

"Kau pula sudah macam perempuan Arab".

Begitulah suasana riuh-rendah mereka bergelak ketawa sambil melangkah ke dalam masjid dengan lenggang-lenggok masing-masing. Pakaian menutup aurat dianggap lucu? Di belakang mereka kelihatan beberapa orang pelancong wanita yang saya kira dari Taiwan atau Korea masuk ke dalam masjid dengan jubah dan tudung yang serupa.

Puaslah mereka "berposing" sana sini dengan gelagat masing-masing. Cahaya kamera berkerlipan di sana sini.

Masjid ini boleh dianggap destinasi pelancongan bagi orang bukan Islam tetapi bagi orang Islam, masjid tetap rumah Allah. Ada adab dan tuntutannya apabila kita mengunjungi rumah Allah ini.

Dalam hati saya terdetik, pakaian menutup aurat bukan untuk melawat masjid sahaja tetapi pakaian wanita Islam sepanjang masa. Ia adalah hukum Allah yang mempunyai nilai mutlak yang tidak berubah walau di mana sahaja.

Wanita muslimah itu jelas belum islamik pakaian dan kelakuannya. Dan masjid seharusnya menjadi wadah untuk untuk menyampaikan nilai-nilai dakwah dalam menangani masalah tidak faham ajaran Islam dalam kalangan orang bukan Islam, malah orang Islam sendiri.

- oleh Imam Global -

*****

Pengajaran yang dapat kita ambil daripada kisah di atas ialah janganlah mencemari kesucian nilai agama Islam itu sendiri. Muslimah seharusnya menjadi contoh kepada wanita bukan Islam yang lain. Sedangkan dalam rumah Allah sendiri berkelakuan seperti itu, bagaimana nak dijadikan contoh buat pelancong bukan Islam yang lain bagi mendekati rumah Allah? Masjid sepatutnya dijadikan tempat yang paling dirindui, dicintai dan diperlukan dalam kehidupan. Pada waktu itulah masjid akan menduduki tempat teratas dalam hati setiap mukmin dan semua orang akan jatuh hati kepada masjid. Janganlah jadi muslimah yang tidak islamik. Muslimah yang islamik sentiasa menjaga nama baik agamanya yakni Islam. Wallahu'alam.

2 comments:

Vee El-Dina said...

good entry, mmg kdg2 sbg insan, kita mmg x pernah sempurna ^^

anyway nice blog ^^ jom sggh blog vee & folo vee/ komen entry vee :) nnt vee folo awak k ^^

http://elyanas.blogspot.com/

- pemilik tinta hati - said...

ye..that's true
insan yg sempurna bila mana dia selalu nak perbaiki diri sendiri

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...