07 February 2011

Amalan bersedekah

Assalamualaikum..


Adakah antara kita yang tak pernah bersedekah? Amalan bersedekah sangatlah dituntut dalam Islam. Walaupun nilai yang disedekahkan tu tak seberapa, tetapi nilai keikhlasan yang orang tak nampak tu amatlah besar nilainya. Senang saja nak bersedekah. Kawan tak ada duit, belanja la kalau mampu. Tengok ada kayu tengah jalan, tolonglah angkat. Pergi masjid, isi  tabung masjid tu. Hatta bagi golongan pelajar macam aku yang memang semestinya nak kawal perbelanjaan, kalau niat ikhlas nak bersedekah mesti ada ganjarannya. Walaupun nilai yang kita bagi tu seringgit dua, takkanlah payah sangat nak hulurkan dalam satu bulan tu kan. Janganlah lepas bersedekah tu, nak mengungkit pula.

Diriwayatkan daripada Asma’ binti Abu Bakar r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda kepadaku: 
" Berinfaqlah iaitu berbelanjalah atau bersedekahlah dan jangan mengungkit-ungkitnya kerana Allah akan menghitung nikmatNya ke atas kamu". (HR Bukhari & Muslim)

Kemudian, belajarlah menghargai apa yang orang nak bagi pada kita. Jikalau ada hamba Allah yang nak bersedekah kepada kita sekeping roti yang dia buat, ambil dan terimalah dengan hati yang ikhlas. Ada juga dalam kalangan kita ni, walaupun dia orang susah dan miskin tetapi dia tetap nak bersedekah kepada jiran tetangga. Kan amalan murni tu. 

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: 
" Wahai wanita-wanita Islam! Janganlah kamu memperlekeh-lekehkan pemberian jiran tetangga walaupun hanya berupa kuku kambing." (HR Bukhari & Muslim)

Akhir kata, dalam bersedekah tu pastikan bermula dengan niat yang baik demi membantu insan yang dalam kesusahan. Tak perlu nak hebah kepada orang ramai yang kita ni rajin bersedekah. Biar Allah saja yang tahu niat kita.

Diriwayatkan daripada Hakim bin Hizam r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: " Sedekah yang paling utama atau sedekah yang paling baik ialah sedekah dari orang kaya dan tangan yang berada diatas itu lebih baik daripada tangan yang berada dibawah serta mulakanlah dengan orang yang berada dibawah tanggunganmu." (HR Bukhari & Muslim).




P/s:  Nilai Barakah tu yang kita nak cari sebenarnya. Pernah sesak tak ada duit, tapi nak derma juga. Last-last orang lain yang derma kat aku pulak. Huhu..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...