Assalamualaikum dan segala puji bagi Nabi Muhammad s.a.w.
Bagaimana khabar anda pada hari ini? Apakah amalan anda pada hari ini? Bertambah mantapkah iman? Bertambah waraskah akal? Bertambah cantikkah akhlak? Semoga kita sentiasa cuba memperbaiki diri sebagai seorang Muslim sejati.
Bercakap mengenai peribadi Muslim, satu perkara yang terlintas di hati semestinya mengenai soal AKHLAK. Akhlaklah yang mempamerkan segala-galanya. Waima seorang pendakwah sendiri pun sewajarnya mempunyai nilai akhlak yang mulia dan sesuai untuk dicontohi masyarakat. Medium dalam berdakwah ini sangat pelbagai. Ia ibarat menyampaikan ilmu kepada semua orang. Namun, yang berbeza adalah dari segi medium dakwah itu sendiri. Ada orang yang berdakwah melalui lisan, ada juga yang berdakwah melalui tulisan, ada yang berdakwah melalui ilmunya yakni dengan mengajar kepada orang lain, dan akhir sekali ada juga yang berdakwah melalui harta yakni kekayaan yang dimilikinya. Kali ni, aku nak berkongsi buah fikiran yang aku dapat melalui ceramah Ustaz Jabbar, pensyarah aku di kolej tadi.
Akhlak yang mulia mampu melahirkan generasi yang celik akal dan waras pemikirannya. Selalulah cuba mengenali identiti diri kita dalam memikirkan apakah sumbangan kita kepada masyarakat. Tidak digelar طلب العلم (tholabul ilmi) seseorang itu yakni yang bermaksud penuntut ilmu, sekiranya tidak pernah berlegar di fikiran kita tentang bagaimanakah alam ini diciptakan.
Kini, kajian mengenai Al-Quran dan Sains kian mendapat tempat yang tinggi dalam kalangan ahli sains bagi diselongkari segala rahsia yang tersirat di sebaliknya. Sebagai contoh, melaui penulisan Dr.Zaghloul El-Naggar yang berdakwah melalui penulisannya. Hasil penulisannya pernah mengislamkan orang kafir yang lain. Sebagai contoh, sepertimana yang telah dialami oleh Mark sendiri, seorang penyelam.
Mark ialah seorang yang begitu gemar menyelam. Dia pernah menyelam hampir ke seluruh ceruk lautan di dunia seperti di Lautan Artik, Pasifik dan sebagainya demi menikmati dunia yang dicipta secara semulajadi. Pada ketika ini, Mark masih seorang penganut agama lain, iaitu masih kafir. Hinggalah pada suatu masa ketika mana dia pergi ke lautan yang berdekatan dengan Mexico untuk menyelam.Dia menyelam ke dasar lautan hinggakan dia tidak nampak sebarang jenis hidupan dan tumbuhan yang lain di dalam lautan dalam itu. Tiba-tiba, dalam kekosongan dari sebarang jenis hidupan, dia terjumpa sebuah kawasan di mana terdapat pohon-pohon rendang. Di celah-celah pohon itu, terdapat pula aliran sungai yang mengalir. Aliran sungai itu sama sepertimana yang terdapat di daratan muka bumi. Rasa air sungai itu pula tawar. Mark berasa sangat kagum kerana rasa sungai itu masih tetap berasa tawar walaupun hakikatnya sungai itu berada di dalam lautan yang masin. Rasa kagum mula menyelubungi dirinya. Dia dapat merasai keajaiban itu setelah keluar dari dasar laut. Lalu, Matk membuat kajian demi menjawab persoalan yang bermukim di fikirannya. Hampir ke seluruh pelusuk perpustakaan dijelajahinya demi mencari jawapan kepada persoalan itu. Hinggalah pada suatu hari, Mark berjumpa dengan seorang professor Islam lalu bertanya mengenai keajaiban yang telah dia rasai selama ini. Lalu, professor Islam itu menjawab, “Sesungguhnya jawapan itu telah saudara jumpa jawapannya di dalam Holy Al-Quran, iaitu Al-Quran kitab suci Allah ”. Jawapan ini boleh ditemui dalam surah Ar-Rahman, ayat 19. Ayat ini menceritakan mengenai dua lautan yakni tawar dan masin, yang bertembung dan tidak ada penghalang yang melampaui hingga boleh menjejaskan rasa air itu menyebabkan rasa air itu tidak berubah walaupun bertembung.
Surah Ar-Rahman, ayat 19:
مَرَجَ الْبَحْرَيْنِ يَلْتَقِيَانِ ÇÊÒÈ
Maksudnya : Dia membiarkan dua lautan mengalir yang keduanya kemudian bertemu.
Setelah Mark mendengar jawapan itu, dia berkata, “Inilah jawapan yang telah aku cari selama berpuluh-puluh tahun yang lalu.” Setelah itu, Mark memeluk Islam.
Berdasarkan kisah di atas, apa yang dapat disimpulkan ialah mengenai akhlak seorang Muslim amat penting terutamanya dalam berdakwah atau menyampaikan ilmu. Bagaimana akhlak boleh dikaitkan dengan dakwah? Hanya orang yang berakhlak mulia akan berjaya dan diredhai Allah di samping mampu menyampaikan ilmu kepada yang bertanya. Seandainya diri diselubungi sifat malas, tidak menepati masa dan beberapa akhlak mazmumah yang lain semestinya kita tidak akan ke mana. Untuk menyampaikan ajaran kepada orang lain apatah lagi! Wallahu’alam.
No comments:
Post a Comment