07 December 2010

Salam Maal Hijrah 1432

" 1 Malaysia 1 Ummah "

Selamat menyambul Maal Hijrah 1432..

--> Sejarah penghijrahan Nabi dan umat Islam :


- Kalendar Hijrah diasaskan oleh Saidina Umar Al-Khattab.
- Peristiwa hijratul Rasul ialah hijrah yang kedua selepas hijrah pertama.
- Hijrah pertama disertai 15 orang ke Habsyah dan termasuk dalam rombongan itu ialah anak nabi Muhammad    s.a.w. , Ruqayyah bersama suami Saidina Uthman. Namun, pada waktu ini nabi tidak ikut serta.
- Kemudian, barulah nabi berhijrah serelah diperintahkan oleh Allah  supaya berhijrah. Ini ialah hijrah kedua.


--> Apakah persiapan yang diatur oleh nabi sebelum berhijrah?


- Nabi s.a.w telah mengatur strategi  untuk berhijrah ke Madinah.
- Madinah pada ketika itu adalah negeri yang tidak menarik dan kotor.
- Namun, dengan kehebatan hijrah Nabi s.a.w. berjaya membangunkan Madinah sehingga Madinah dapat menguasai 2/3 dunia iaitu Madinah sebagai tempat berhijrah.


--> Hijrah umat Islam pada masa kini...


- Sebagai umat Islam yang mencontohi Nabi dalam berhijrah, maka marilah kita bersama-sama berhijrah dalam pelbagai aspek.
- Bagaimana caranya?


* Mulakan dengan hijrah diri sendiri. Tinggalkan apa yang Allah larang, dan buat apa yang Allah suruh.
* Hijrah ilmu pengetahuan. Tambahlah ilmu di dada.
* Laksanakan hijrah global, iaitu hijrah secara menyeluruh dalam pelbagai aspek. Contohnya seperti hijrah ego, dengan membuang perasaan ego, dendam dan hasad dengki. Berhijrahlah dari sifat mazmumah ke sifat mahmudah.
* Sentiasalah berbuat ihsan.
* Muhasabah diri setiap saat dan ketika.
* Semangat hiijrah perlu ada kerana ia adalah roh penyatuan.


--> Kesimpulannya, umat Islam pada masa kini haruslah berkorban jiwa raga kerana Allah Taala sebagai azam tahun baru.







No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...