02 November 2010

Doa..

Assalamualaikum..Bismillahirrahmanirrahim...

Kali ini,aku nak berkongsi satu doa yang telah baba aku bagitahu supaya boleh diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Doa ini boleh diamalkan bagi mengelakkan sesuatu yang tidak disukai menimpa diri kita, kaum keluarga dan juga harta benda.Semoga kita mendapat keberkatan dengan mengamalkan doa ini.

Kisah mengenai doa ini :
 
Dalam sebuah hadis, disebutkan tentang adanya seorang lelaki yang datang menemui Abu Ad-Darda' r.a., dan memberitahu rumahnya telah terbakar. Abu Ad-Darda' menjawab :

" Tak! Tidak terbakar. Allah azza wajalla tidak akan berbuat demikian kerana ada kalimah-kalimah yang telah kudengar daripada Rasulullah s.a.w. dan sesungguhnya aku telah membacanya pada hari ini "

Kemudian, Abu Darda' bangun dan berkata :

" Mari bangun kamu semua ."

Lalu mereka semua yang hadir bangun menuju ke rumah Abu Ad-Darda' yang dikatakan telah terbakar tadi.
Memang benar semua yang ada di sekeliling rumah Abu Ad-Darda' telah terbakar, tetapi tidak sedikit pun yang terkena pada rumahnya.

Inilah kalimah-kalimah yang dimaksudkan oleh beliau :

اَللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّىْ لاَإِلهَ إِلَّا أَنْتَ عَلَيْكَ تَوَكَّلْتُ وَ أَنْتَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيْمِ. ماَ شَا اللهُ كَانَ وَ
مَا لَمْ يَشَأْ لَمْ يَكُنْ ، لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْمِ . أَعْلَمُ أَنَّ اللهَ عَلىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ. وَأَنَّ اللهَ قَدْ أَحَاطَ بِكُلِّ شَيْءٍ عِلْمًا. اَللَّهُمَّ إِنِّى أَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ نَفْسِىْ وَمِنْ شَرِّ كُلِّ دَابَّةٍ أَنْتَ آخِذٌ بِنَاصِيَتِهَا. إِنَّ رّبِّىْ عَلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيْمٍ 

( Ya Allah, Engkaulah Tuhanku. Tidak ada tuhan kecuali Engkau. Hanya kepada-Mu aku bertawakkal. Engkaulah tuhan pemilik arasy yang agung. Apa sahaja yang dikehendaki Allah, pasti terjadi dan apa sahaja yang tidak dikehendaki-Nya pasti tidak terjadi. Tidak ada daya dan tidak pula ada kekuatan kecuali dengan izin Allah, yang maha tinggi, yang maha agung. Aku sedar bahawa Allah maha berkuasa atas setiap sesuatu, dan sesungguhnya ilmu Allah meliputi segala sesuatu. Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kejahatan diriku dan kejahatan segala yang melata yang sebenarnya rohnya dalam pegangan-Mu. Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang selalu berbuat adil )

Baginda Nabi s.a.w. telah bersabda :

" Barang siapa membacanya di waktu Subuh dan petang, tidak ada sesuatu yang tidak disukai akan menimpa dirinya, kaum keluarga dan harta bendanya " - Riwayat Ibnus Sunni.



Wallahu'alam.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...