Assalamualaikum pembaca yg.dirahmati Allah sekalian. Sebagai seorang penuntut ilmu baik ilmu dunia mahupun ilmu akhirat, kadang-kadang kita sering alpa dan cuai dalam menjalankan tanggungjawab kita. Tanggungjawab apa? Tanggungjawab sebagai seorang penuntut yg. sering mencari keredhaan Allah. Begitu juga dengan diriku ini. Terkadang sibuk mengejar ilmu dunia hingga terlepas pandang tanggungjawab kita pada Ilahi..ataupun melaksanakan sesuatu bukan berdasarkan niat yg. betul. Seharusnya kita perlu menetapkan matlamat dan berusaha ke arah mencapai apa yang kita sasarkan. Misalnya, seorang pelajar perlu menetapkan niat di dalam hatinya untuk belajar demi mencari keberkatan hidup dan beroleh pahala bagi setiap kebajikan yg. kita lakukan.Selain itu, seorang pelajar khususnya seperti aku, iaitu seorang bakal mahasiswa yang tarafnya sudah tidak sama seperti pelajar sekolah perlu bersikap lebih matang. Matang dalam pelbagai aspek baik melalui cara pemikiran, pergaulan, dan tingkah laku. Aku begitu terkesan dengan apa yang telah diperkatakan oleh pensyarah aku melalui blognya. Kadangkala kita sendiri tidak perasan apa yg. telah kita lakukan, tetapi perkara itu dinilai berdasarkan perspektif lain oleh orang lain. Antara isu yang diperkatakan oleh pensyarahku di dalam blognya ialah mengenai attitud seorang pelajar yang bergelar siswa ataupun siswi. Aku percaya, sikap ini bukan sahaja dapat dilihat dalam kolejku bahkan di institut pengajian tinggi yan lain. Ringkasan yang dapat aku ambil ialah pelajar sebegini mempunyai sikap seperti berikut :
I
I
I
V
1- Mempunyai krisis identiti (tidak tahu tujuan belajar)
2- Bersikap seperti pelajar sekolah
3- Agak berpolitik
4- Tidak pandai mengurus prioriti
5- Kesungguhan yang tidak sepadan
Perkara-perkara seperti di atas tidak akan membawa pelajar itu ke arah menjadi seorang pelajar yang digelar " Siswa Dinamika". Perkara inilah yang ditekankan oleh pensyarah aku. Antara tujuannya ialah melahirkan pelajar yang bukan sekadar mempunyai ilmu di buku,bahkan di dalam dada. Pelajar sebegini tidak akan cepat melatah dan bisa menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan. Apakah ciri-ciri seorang "Siswa Dinamika" ?
------> Ciri-ciri Siswa Dinamika :
1) Mengenali keperibadian diri -
Seorang siswa seharusnya menetapkan matlamat berdasarkan kebolehan yang dimiliki, bukan disandarkan kepada orang lain. Mereka perlu mengkaji semula kelemahan dan kelebihan yang dimiliki supaya mampu melakukan sesuatu mengikut keupayaan di samping bersedia dengan sebarang kemungkinan seperti cabaran yang akan dihadapi.
2) Kendiri siswa
Seorang siswa perlu amanah dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang pelajar dan anak. Mereka perlu lebih berdikari dalam melakukan sesuatu di samping jujur dalam dalam menuntut ilmu. Ikhlaskanlah diri dalam menuntut ilmu.
3) Berfikiran politik
Mereka perlu mempelajari ilmu yang berkaitan supaya tidak sekadar bercakap kosong. Siswa Dinamika tidak pandai berpolitik atas dasar sentimen tetapi berpolitik atas dasar fakta yang benar-benar sahih dan angka yang tepat.
4) Pandai mengurus prioriti
Siswa Dinamika bijak mengurus masa dengan lebih teratur. Setiap urusan yang dilaksanakan perlu mengikut keutamaan. Barulah tidak jadi seperti " yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran " .
5) Kesungguhan yang sepadan
Niatlah di dalam hati supaya kita menuntut ilmu demi menimba ilmu Allah dan memperoleh kesenangan di dunia dan akhirat. Janganlah sekadar bagi memenuhi keperluan untuk menduduki peperiksaan dan lulus periksa sahaja. Ini ibarat pepatah Arab 'ilmu tanpa amal ibarat pohon tanpa buah' yang tidak dapat memberi manfaat kepada orang lain.
Justeru, marilah kita bersama-sama berusaha ke arah mencapai taraf seorang Siswa Dinamika yang mampu memberi impak positif kepada agama, masyarakat dan negara.
Wallahu'alam...
p/s : kupasan daripada blog http://ajabbarakahar.blogspot.com/2010/11/siswa-dinamika.html
No comments:
Post a Comment