29 November 2010

6 jenis wanita malang menurut Imam Al-Ghazali

6 JENIS WANITA MALANG

" Jangan engkau kahwini wanita yang enam,
 jangan yang Ananah, 
jangan yang Mananah, 
dan yang Hananah, 
dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, 
yang Baraqah dan yang Syadaqah  "

- IMAM AL-GHAZALI -


 1- Wanita Ananah:

Banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat 
memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.

2 - Wanita Mananah: 

Suka membangkit-bangkit terhadap suami.
Wanita ini sering menyatakan, "Aku membuat itu keranamu" .

3 - Wanita Hananah:

Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain,
yang dikahwininya sebelum ini atau kepada 
anaknya daripada suaminya yang lain.

4 - Wanita Hadaqah:

Melemparkan pandangan dan matanya pada 
tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk
memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

5 - Wanita Baraqah:

Ada dua makna, pertama yang sepanjang hari 
mengilatkan dan menghias mukanya, 
kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan 
kecuali sendirian dan diasingkan bahagianya.

6 - Wanita Syadaqah:

Banyak cakap tidak menentu lagi bising.


'Kahwinilah wanita itu kerana agamanya, akhlaknya dan hartanya..'



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...