Assalamualaikum..
Bertahun kita bersama
Saling setia menimba ilmu
Tanpa mengenal erti penat jemu
Ingatkah kau lagi
Kita bersama memijak onak duri
Di tanah gersang mengutip semangat budi
Kini segalanya tersurat dalam sanubari
****
Begitulah antara bait-bait lirik yang terkandung dalam sebuah lagu nasyid yang bertajuk "Secebis Kenangan". Bila diimbas kembali kenangan lampau, mesti kita pernah melalui saat-saat suka, duka, hampa, hiba, kecewa dan sedih. Ada yang punyai rakan, sahabat, teman dan kawan yang sama maknanya. Tapi, mungkin juga ada yang terparut di hati dengan sikap musuhnya. Musuh? Perlukah kita lakarkan barang secebis dua ingatan terhadap insan yang kita klasifikasikan sebagai 'musuh' ini? Bagi diriku, jika ikutkan kata hati ataupun nafsu ini, memang tak akan berkesudahan dendamnya. Nak menjadikan seseorang itu sebagai musuh memang senang. Tetapi, nak menjadikannya sebagai seorang yang sangat terbaik dalam kehidupan kita juga bukan senang. Kita inginkan yang terbaik. Tapi, kita sendiri kadang-kadang tak mampu untuk menjadi yang terbaik untuk orang lain. Bagi aku, terutama sekali setelah tamat belajar di KISDAR dan mungkin selepas ini payah untuk berjumpa dengan sahabat-sahabatku yang lain, label 'musuh' tak perlu ada dalam diriku. Memaafkan itu lebih baik. Lumrah insan yang serba kekurangan dan daif sering mencari kesilapan orang dan tak mahu mencari kelemahan diri sendiri. Sememangnya kekerdilan diri ini jarang ada yang mampu akuinya.
Bagaimana nak menolak permusuhan yang berlaku?Aku nak berkongsi tips-tips menolak permusuhan yang aku dapat melalui pembacaanku daripada majalah Solusi Isu Pertama...
Antara tips bagi menolak permusuhan ialah:
1. Maafkan, tanpa mengira pihak siapa yang benar atau salah.
2. Jika tidak mampu memaafkan, cepat berlalu dan diam, tanpa membalas.
3. Kenangkan detik-detik manis atau kebaikan yang pernah dilalui bersama dengan 'musuh' kita itu.
4. Sedarlah, kita hanya hamba, penuh dengan kekurangan dan kesalahan. Kita layak untuk disakiti, disalahtafsirkan dan sebagainya.
****************
" Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik;
apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu,
dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib. "
(Surah Fussilat : 34)
No comments:
Post a Comment