15 July 2011

Lepas gembira, sedih pula yang bertamu

Assalamualaikum..


"Wamakaru, wamakarallah.. Wallahui khairul makirin.."

Kita merancang,Allah juga merancang.  Tapi, perancangan Allah lebih hebat.

Aku akui, dalam hidup aku nih memang selalu terjadi perkara yang lain daripada yang lain. Selalunya pengalamanku selalu saja berbeza daripada adik-beradikku yang lain. Rezekiku seringkali berbeda dan luar biasa. Rentak hidupku selalu tak seperti yang aku impikan.

Benarlah..hidup ni umpama roda. Tatkala orang lain bergembira pada hari ni, aku pulak berasa sedih. Mungkin inilah yang dirasai oleh sahabatku yang kesedihan sewaktu majlis konvokesyen 2 hari yang lepas..Dia sedih kerana tak dapat berkongsi kegembiraan dengan ayahnya yang baru meninggalkan dia pada 2 bulan lepas. Manakala aku pula yang merasai apa yang dia pernah rasai pada hari ini..Sedih..sebab apa?? Aku tak mahu ingat lagi. Aku tahu dan percaya yang Allah telah buat perancangan yang lebih baik daripada apa yang aku usahakan selama ini.

Benar kan, tak semestinya apa yang kita sukan, kita akan dapat..Dan tak semestinya apa yang kita benci, kita mampu menolaknya. Qada' dan qadar inilah ujian buat kita.

Apa-apapun, doakan aku supaya dapat kembali menjalankan tugas untuk anak-anak didik pada minggu hadapan. Seminggu bercuti rasa macam dah lama sangat..

P/s : Sayang sangat pada sahabat-sahabat yang sentiasa di belakangku saat ini.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...