Istiadat konvokesyen kali ke-5.. Bersama sahabat serumah...2 tahun bersama susah senang. |
Dah lama aku tak menaip dalam blog ni. Sesungguhnya, kekangan masa sejak beberapa minggu yang lalu telah membataskan aku untuk terus istiqamah dalam dunia blog ni. Lepas ni, aku tak tahu samada mampu atau tidak untuk aku teruskan menaip dalam blog ni. Komitmen yang lebih penting amat perlu untuk aku tumpukan pada pekerjaan pada akan datang. Isnin ni, aku kena teruskan dengan sesi pengajaran aku di SERI. 2 minggu lagi, perlu ke kolej untuk selesaikan beberapa lagi urusan terakhir di sana. Hari ni adalah hari yang terakhir untuk aku bertemu dengan sahabat-sahabatku. 3 tahun bagiku bukanlah masa yang singkat untuk mengukur persahabatan kami. Agak lama terasa. Tetapi, dengan bersama mereka aku seakan tak terasa tempoh yang lama itu. Lepas ni, aku kena tekadkan usaha lagi untuk terus menambah ilmu di dada..
"ILMU ITU UNTUK DIDATANGI, DAN TIDAK AKAN DIDATANGANI"
No comments:
Post a Comment