05 April 2012

Pagi Jumaat yang tenang

Assalamualaikum..Sobahal khair anda good morning everyone:)

Saya gembira sangat sebab cuti pertengahan semester dah pun bermula. Cuti-cuti juga, tapi tetap tak boleh tinggalkan amalan-amalan yang biasa dibuat kat kolej. Solat awal waktu, baca AQ jangan tinggal, tetapkan masa sekurang-kurangnya 30 untuk menelaah apa-apa subjek dan yang terakhir study untuk mid-sem exam selepas cuti. Walaupun saya belum sampai lagi ke Penang dan hanya ,menetap sementara di Serdang, tapi tu semua tak membantutkan mood gembira saya. Sebabnya, saya dapat bermain dengan anak saudara:)

Apa-apapun ingatlah, dalam bergembira kenalah waspada dan beringat sentiasa. Jangan gembira kita hinggakan lupa Allah. Buat muslimah di luar sana, jagalah diri dan suntikkan diri dengan keimanan yang tinggi untuk berdepan dengan cabaran yang makin hebat di luar sana. Semoga Allah sentiasa bersama kita semua.



~ SALAM MAHABBAH DI PAGI JUMAAT YANG MULIA INI ~

Saidatina Aisyah R.A.pernah berkata, " Sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan dipandang."

pic from google

2 comments:

Rintihan HambaMu said...

Assalamualaikum...
moga anti sentiasa dlm ksh syg-Nya.

- pemilik tinta hati - said...

Waalaikumussalam...insyaAllah ameen~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...