28 March 2012

Seni khat islam....

Assalamualaikum..

Seni khat islam adalah salah satu daripada seni dan sejarah dalam masyarakat Islam. Penulisan khat khususnya dalam kalangan ulama' terdahulu adalah bagi memastikan Al-Quran dapat dikumpulkan, dibukukan dan dijadikan sebagai rujukan buat kita sehingga ke hari ini. Negara China cukup terkenal dengan keindahan seni khat ditambah pula dengan kemahiran masyarakat negara mereka yang pandai dalam membuat kertas. Jadi, seni khat makin berkembang.

Inilah yang saya sedang pelajari sekarang..Seni penulisan khat Islam. Keindahannya terletak pada nilai yang tersirat di sebalik setiap tulisan yang cuba diterjemahkan.

Langkah pertama: Belajar tulisan khat yang basic.
Khat nasakh..Mula dengan huruf 'alif' dulu.
 Ini dengan menggunakan batang resam.

Lepas tu, ustaz ajar buat huruf " ba' " dan " fa' " pula....

Untuk beginner macam saya, kena buat garis titik-titik sebagai guideline.

Gembiranya mereka belajar khat walaupun asyik tak jadi lagi..huhu

Tengok gambar ni..Inilah rupanya batang resam sebagai pen khat kami...

Latihan demi latihan..

Kena buat banyak latihan lagi ni.

Inilah ustaz yang ajar kelas kami..Ustaz Firdaus.
 Beliau seorang yang berpengalaman dalam bidang seni khat ni..

Tak percaya??

Nak buat apa-apa tempahan berkaitan seni khat Islam? InsyaAllah, beliau sedia membantu.

Jom lawati beliau di:



Selamat belajar seni khat Islam:)



3 comments:

Srikandi permata said...

Assalamualaikum..
Alhamdulillah...suka tgk org belajar khat..
ana belajar khat..tp xhbis..
moga ukhti teruskan belajar khat..
jika lihat skrg ini, sukar kitank mencari ustzh yg mengajar khat..yg byk..ustz..npe yer???
ana asyik terpikir jer..
hehe..ape2pun..teruskan perjuanganmu..
menggapai redha-Nya.

Diba said...

waalaikumussalam...
saya pun baru nak menjinakkan diri dalam seni khat..dulu minat, tp x ada peluang nk belajar dengan lebih mendalam..dah ade peluang ni, InsyaAllah nak cuba buat yg terbaik..ada rezeki nanti, bolehlah kita jadi pelapis bagi generasi akan datang dan merintis lebih ramai lagi wanita untuk mengajar khat:)

Firdaus Mahadi said...

Salam ziarah, ronda-ronda google tersinggah la pulak kat post ni, insyaAllah gunakan apa yg dipelajari dgn sebaiknya walaupun x berkesempatan nak habiskan, jalan sudah ada cuma letak pd diri sendiri utk teruskan bagaimana, usaha sampai jadi antara penulis khat wanita yang dapat memberi sumbangan kembali pd masyarakat...Allahu Rabbuna yusahhil

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...