Assalamualaikum. Sebelum baca senyum dulu ^__^ Senyum tu kan satu sedekah. Btol kan apa yg aku cakap ni kan..kan..
Ya Allah..pejam celik, pejam celik sekejap saja aku dah nak masuk sem 2. Makin berat rasanya madah (matapelajaran) yang aku akan amik sem depan ni. Dahlah natijah peksa tak keluar lagi.Mudah-mudahan aku dapat result yg aku impikan.
Semester 2..Masa nilah yang aku akan tempuh dengan bermacam jenis ujian lagi di bumi tempat aku menimba ilmu. Rasulullah pernah bersabda, "Tuntutlah ilmu walau ke negeri China". Sememangnya inilah hakikat kehidupan yang perluku telan segala rencah kehidupan. Masam, masin, pahit dan semoga akhirnya manisnya yang aku dapat. Dari Penang ke Nogori, sudah pasti lain tempat, lainlah budayanya. Dengan orangnya yang turut datang ke situ dari Timur dan juga dari luar Semenanjung. Ralatkah aku rasa bila menjejakkan kaki di sini??Jawapannya sudah pasti TIDAK!
Macam yang aku ingat daripada kata-kata lecturer BI aku, "There is no shortcut to success". Peluang yang aku dapat ni aku akan jadikan sebagai satu permulaan dan pecutan kepada masa depan. Samalah macam apa yang aku pesan kepada kawan-kawan sekuliahku terutamanya yang umur masih muda dari aku ni. Aku cuma ingatkan sebagai orang yang lebih tua dengan mengingatkan semula supaya lupakan dulu soal "cinta". Bagi yang dah bertunang, bagiku itu hak mereka selagi mereka jaga adab dalam perhubungan tu. Tapi, buat adik-adik yang masih tak terjebak dan tercari-cari dan ingin merasainya, lupakan la dulu soal tu. Baik tumpukan pada pelajaran. Soal jodoh yang sebenar ni, bila Allah dah tetapkan satu masa nanti, maka nantikanlah saat tu. Carilah cinta Allah dulu sebelum mencari cinta manusia.
"Aku menangis bukan bermakna aku lemah,
aku menangis kerana dah terlalu lama bertahan dan bertabah".
P/s : Kadang-kadang Allah uji sebab Allah sayangkan kita. Ada sebabnya DIA buat kita macam tu. Pernah berlaku kan kat kita benda2 yang kita xmau??Jadi, kembalilah pada DIA. Coretan ini juga sebagai peringatan untuk diri sendiri sebenarnya.
2 comments:
selagi kita rasa kita mampu menangis..menangis la sayang..kerana menangis je yg mmpu bagi kita ketenangan jiwa dari pelbagai masalah..=)
@ ain: thanx ain:)
Post a Comment