12 January 2012

Kaitan Hubungan Etnik dengan kita

Assalamualaikum..

Alhamdulillah tinggal lagi satu paper iaitu pada esok pagi. Setelah mengharungi 6 paper yang lepas..fuhh..

'Alhamdulillah'

That's it..itu saja yang mampu aku ucapkan sebab betapa cuak+fobia+eksited perasaan yang aku rasakan. Esok paper ''Hubungan Etnik (HE)". Bagi sesiapa yang dah ambil paper ni, mesti dapat faham konsep HE yang sebenarnya.

pic ehsan google...
Keluarga upin ipin yg terdiri drpd pelbagai etnik
Tiada salahnya saling menghormati meskipun berbeza agama, kaum dan bangsa


Berbalik pada subjek HE ni..Aku rasa makin dapat menghayati dan mula hadam segala intipati yang terkandung dalam subjek ni. Sedikit sebanyak membuka minda akan beberapa terma dan istilah yang kita tak pernah dengar atau mungkin kita kurang terdedah akan konsep2 tersebut. Contohnya?? Istilah 'ras, rasisme, etnisiti, etnosentrisme, akomodasi, amalgamasi, asimilasi dan lain-lain. Banyak istilah sebegini yang perlu kita fahami supaya kita tidaklah jumud dalam menafsir sesuatu terma dengan sesuka hati sekali gus mendalami pengertian sebenar istilah tersebut. Dalam erti kata lain, HE sebagai pendedahan kepada masyarakat pelbagai lapisan dan tidak terhad kepada pelajar saja. Segala hubung kait dengan situasi semasa masyarakat Malaysia perlu diketahui dalam memahami negara kita, Malaysia ini secara terbuka. Kita sendiri dapat membuat kesimpulan dan sama-sama membangunkan sebuah negara Islam sesuai dengan Siasah Syariyyah.

Sebenarnya, motif sebenar post ni adalah tanda ketidaksabaran untuk menjawab soalan peperiksaan HE pada esok hari :) Mood yang baik di pagi hari ni diharap dapat membantu aku mencerna semula pemahaman dalam subjek ni. Lepastu, esok petang dapatlah berlibur dengan kawan-kawan kerana keterujaan untuk balik bercuti bagi cuti semester ni.

Bittaufiq wannajah sahabat-sahabat yang sedang menghadapi imtihan niha'ie...

2 comments:

Ckin Kembaq said...

semangat2..datang bagi semangat ni..heheh gud luck !

- pemilik tinta hati - said...

tq ckin:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...