Kali ini aku terasa nak berkongsi tips supaya diri kita disayangi. Siapa yang tak nak disayangi kan..Sayang tu kan satu perasaan yang indah. Tapi, perlu diingat bahawa sebelum mencintai insan lain, muhasabah kembali diri kita ini. Adakah sudah cukup cinta kita pada Allah? Berapa banyak dan apakah bukti kita sayang dan kasihkan nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w.? Ibu bapa kita pula, berapa kerap kita ucapkan perkataan sayang dan cinta kepada mereka? Setiap yang kita buat akan menjadi bukti atau tanda kasih kita kepada seseorang. Tiada siapa yang tidak ingin menyayangi dan disayangi.
Akan tetapi, pernah atau tidak terdetik dalam hati kita adakah ramai yang menyayangi diri kita ni? Nak orang sayang kita senang saja. Semoga menjadi peringatan buat diri ini dan anda semua.
- Selalu cuci hati dengan jaga ibadah
- Solat taubat
- Rajin beristighfar
- Baca Al-Quran
- Maafkan kesalahan orang lain
- Meminta maaf
- Bersedekah selalu
- Berfikiran positif
Tahukah anda bahawa kita boleh berkomunikasi melalui fikiran? Jadi, apa lagi. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni kepada orang lain dengan gelombang fikiran ini secara berterusan. Akhir sekali, semoga kita dapat ambil iktibar daripada kisah rumput di bawah ini:
******
Pada suatu hari...
Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?
Cikgu : Oh, awak nak tahu ke? Emmm... baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye... mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.
Pelajar : Baiklah... apa yang saya harus buat?
Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang paling cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.
Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh. Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.
Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?
Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.
Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada mulanya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. Kecualilah jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.
Jadi, bersyukurlah dengan kasih sayang yang kita terima hari ini, kerana jika kita meninggalkannya, mungkin kasih sayang itu tidak akan kembali seperti sediakala.
" Kasih sayang Allah itulah yang paling hakiki, jika kau memalingkan dirimu dari kasihnya, maka kamulah serugi-rugi manusia."
2 comments:
salam pkenalan.. datang dr blog ben..
jom follow sy jgak untuk smangat sy bblog :)
maceh...
salam kenal:)
Post a Comment