06 February 2011

Amalan meminjam

Salam alaik..

Petang-petang macam ni, bosan betul. Semua adik beradik dah balik umah masing-masing. Esok dah keja. Yerla,cuti Tahun Baru Cina da habis. Abang-abang aku bertolak ke KL dari Nibong Tebal sejak pukul 10 pagi tadi, last-last petang tadi pukul 3 lebih baru sampai. Jalan sesak betul. Nasib baik aku tak balik petang ni. Kalau tak, maunya terkandas kat highway. Risau gak aku ni balik sorang-sorang. Esokla aku balik. Eh, dah melalut kot aku ni. Berbalik pada tajuk di atas. AMALAN MEMINJAM. Bagus ke tak amalan macam ni??

Ok lah. Sebenarnya, aku pun pernah meminjam barang orang tak kiralah pinjam duit, baju, tudung, buku hatta motosikal sekali pun. Tapi, amalan ni secara jujurnya aku tak suka sangat. Kalau aku dah tak ada sangat barang tu, barulah aku pinjam barang kawan-kawan. Kalau memang barang adik beradik, tak kisahlah. Tapi, macam tak elok sangat..memang tak elok pun kalau jadi amalan harian.Yang jadi masalah sekarang ni bila mana orang yang pinjam barang kita tu buat barang tu macam hak milik dia pulak. Amboi-amboi! Kononnya hak milik dia kot. Kalau nak pinjam tu, aku ingatkan diri aku sekali ni...berpada-padalah. Jangan pinjam barang hari ni, tahun depan baru nak kasi balik. Takpun, bila tuan punya barang tanya, "Mana baju aku yang ko pinjam hari tu ek?". Dan dengan selambanya dia cakap, "Alaa..aku lupa la nak basuh"..Takpun "Bila aku pinjam ek?Tak ingatlah...". Memang hangin je la kita ni.

Benda macam ni dah pernah jadi kat diri aku banyak kali. Bila pinjam barang aku tu, sampaikan aku pulak yang kena minta balik kat dia. Bukan soal kedekut, tapi ni soal tanggungjawab (ayah aku yang ingatkan pasal ni tiap kali barang dia yang orang pinjam tak bagi balik). Macam mana aku cakap ni melibatkan soal tanggungjawab?

Macam ni:


Kepada si PEMINJAM...

* Pertama sekali, barang yang dia pinjam tu barang hak milik orang lain. Bukan barang dia. 
Kena ingat tu.

* Kedua pula, dah pinjam barang orang tu buatla cara pinjam barang orang. Jagalah sebaik   
mungkin. Kalau pinjam buku kawan yang tak berbalut, tanya dia "Aku nak tolong balut  dengan  pembalut plastik boleh tak? Barulah buku ni tahan lama sket. Aku ada pembalut lebih". Mesti kawan tu bagi punya. Aku selalu buat macam ni plus aku pun suka balut buku.

* Ketiganya, minta pinjam barang dengan cara berhemah la. Jangan nak pinjam barang pun minta sambil tengking-tengking dan perli macam ni "Kalau taknak bagi pinjam sudah. Aku pun mampu beli lebih dari ko punya tu". Kalau dah macam tu, beli jela terus. Tak payah nak pinjam orang punya.

* Keempat pula, jangan sesekali memandai-mandai pinjamkan barang yang dah sedia dipinjam daripada orang lain untuk dibagi pinjam kepada kawan yang lain pula. (paham x apa yang aku tulis??huhu)

* Yang kelima, pulangkan barang yang dipinjam tepat pada masanya dan pastikan sepertimana keadaan barang sebelum kita pinjam, macam tu jugalah kita pulangkan balik.

* Yang terakhir, andai kata barang yang dipinjam tu hilang @ rosak, bertanggungjawab la. Please! Jangan malu mengaku salah dan malu untuk meminta maaf. Terangkan secara baik kepada empunya barang tu. 


  ************************************

Jadi, kepada tuan milik barang yang dipinjam, pastikan anda bertindak agresif ya kerana ini melibatkan hal ehwal kebajikan barang kesayangan anda:


Tuan EMPUNYA BARANG:

* Pastikan hari dan tarikh waktu barang tu mesti dipulangkan semula. Bagitau bila kena pulangkan pada anda.

* Terangkan kepentingan barang tu pada anda. Kalau sayang sangat, tak perlu pinjamkan pada orang tu. Sebabnya, mungkin kita dah begitu bersusah-payah nak dapatkan barang tu kan.

* Tengok sama jenis orang yang nak pinjam barang anda tu. Kalau dia jenis bertanggungjawab dan boleh diharap, takde masalah nak pinjamkan sekejap.

* Tulis nama pada barang anda. Tak kira macam mana cara, tandakan pada barang tu asalkan anda dapat kenal pasti yang tu memang barang kepunyaan anda sewaktu dia nak pulangkan semula.

* Selalu ingatkan pada peminjam andai kata dia lambat pulangkan barang anda. Mungkin dia terlupa. Jadi, tak salah kalau anda selalu mengingatkan dia.

* Pendek kata, andai barang yang dia nak pinjam amat bermakna buat anda, tak perlulah pinjamkan kat dia. Beritahu dengan cara berhemah bahawa anda amat perlukan barang tu di sisi anda.

Kesimpulannya, meminjam hanya jika sangat perlu sahaja OK! Kalau dah mampu beli barang tu, beli saja la daripada tiap-tiap hari pinjam barang orang lain. Dah macam tak ada trademark barang kita sendiri pulak kalau macam tu kan. Mungkin setengah orang anggap amalan meminjam sesama sendiri ni dapat mengeratkan hubungan silaturrahim. Tapi, lain orang lain pendiriannya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...