26 January 2011

Tanda-tanda orang MALAS..

Bismillahirrahmanirrahim..

Tadi lepas solat Maghrib, aku meneras AQ jap untuk tasmik esok pagi masa kelas nanti. Lepas tu, mula rasa malas. Terpikir balik, "keje syaitan le ni". Mata pun mula la nak tutup. Lepas tu, rasa cam nak terlelap gak. Alhamdulillah, dapat juga aku lawan rasa malas tu tadi sampaila masuk waktu Isyak. Perasan tak sama ada kita ni malas atau tak? Kalau nak tahu, inilah antara tanda-tanda orang malas:

1. Mereka yang tahu melakukan sesuatu, tetapi tidak mahu melakukannya
2. Mereka yang boleh melakukan sesuatu tetapi enggan untuk melakukannya
3. Mereka yang berupaya dan ada daya usaha untuk melakukan tetapi tidak bersedia melakukannya
4. Mereka yang sanggup melakukan tetapi ingkar melakukannya dengan memberi pelbagai alasan
5. Mereka yang ditugaskan melakukannya tetapi menolak melakukannya
6. Mereka berpeluang melakukannya tetapi mencari alasan untuk tidak melakukannya
7. Mereka yang diberi mudah untu melakukannya tetapi menganggap payah untuk melakukannya
8. Mereka yang sedikit melakukan tetap mendakwa banyak melakukannya
9. Mereka yang biasa melakukannya tetapi mengelak daripada melakukannya
10. Mereka yang biasa melakukannya tetapi mendakwa tidak biasa melakukannya
11. Mereka yang mahu melakukannya tetapi mendakwa tidak pernah melakukannya
12. Mereka yang ada asas tetapi tidak mahu mencuba melakukannya
13. Mereka yang sepatutnya melakukan tetapi mengelak melakukannya
14. Mereka yang berkelapangan tetapi mendakwa suntuk untuk melakukannya
15. Mereka yang berdaya tetapi berpura-pura tidak boleh melakukannya

Jadi, persoalannya sekarang ialah, adakah KITA tergolong di antara orang-orang yang diatas? Harap-harapnya tidak.....
Na'uzubillahi minzalik. Malas ni adalah benda yang syaitan suka. Tak perlulah terlalu ikutkan rasa hati malas tu ya! Semoga kita rajin-rajin selalu.Wallahu'alam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...