15 January 2011

** Kaedah menghafal Al-Quran **

Salam alaik...Selamat pagi. Pagi ni Diba nak berkongsi tips atau teknik untuk menghafal Al-Quran. Teknik ni bukan saja boleh digunakan untuk hafal AQ saja, tapi mungkin boleh juga dipraktikkan oleh golongan pelajar dalam pelajaran. Kaedah menghafal akan berkesan jika diamalkan secara berterusan dan sistematik.


*  Kaedah 1 - Mula menghafal peringkat kanak-kanak. Contohnya seperti Imam Syafie.

- Imam Syafie r.a. pernah berkata:
"Aku dapati kelupaanku dalam pembelajaran ketika dewasa, sedangkan ia tidak berlaku ketika kecilku. Kiranya dibelah dan didedahkan hati yang diajarkan ketika waktu kecil, tentulah akan diperolehi garis-garis pengetahuan sebagaimana tulisan pada batu".
- Beliau telah mula menghafal sewaktu berumur 9 tahun lagi dan mengingat sebanyak 30 juzuk AQ. Sejak itu beliau telah dapat membaca AQ dengan lancarnya.
- Pernah suatu ketika, iaitu ketika dalam perjalanan dari kota Makkah ke Madinah yang memakan masa 8 hari, beliau sempat mengkhatamkan AQ sebanyak 16 kali.

* Kaedah 2 - Hafalan disertai latihan.

- Kaedah menghafal :

  • Hari pertama - Menghafal 5 ayat.
  • Hari kedua - Menghafal 5 ayat baru dan mengulang sehingga hafal 10 ayat.
  • Hari ketiga - Menghafal 5 ayat baru dan mengulang sehingga hafal 15 ayat.
  • Hari keempat - Menghafal 5 ayat baru dan mengulang sehingga hafal 20 ayat.
- Jika tidak boleh hafal 20 ayat sekali gus, berhenti menghafal ayat baru sehingga berjaya menghafalnya. Begitulah hari-hari seterusnya.
- Istiqamah (berterusan) meluangkan masa yang sama tiap hari untuk mneghafal 1/2 jam sebelum atau selepas Subuh, atau 1/2 jam selepas Maghrib, atau 1/2 jam sebelum tidur.

* Kaedah 3 - Tumpukan minat sepenuhnya.

- Imam Syafie pernah berkata: 
"Ilmuku sentiasa bersamaku. Apabila aku memerlukannya, ia terus dapat digunakan. Dadaku adalah umpama bejana ilmu. Ilmuku bukan di dalam peti".
- Hafalan yang tidak dilakukan dengan penuh minat atau keinginan yang kuat tidak dapat menghasilkan ingatan yang kuat, bahkan mudah dilupa.

* Kaedah 4 - Bahan hafalan tersusun rapi.

- Kitab suci AQ adalah kitab yang mempunyai susunan yang teratur dan rapi. Semakin dikaji susunannya, semakin mendalam pula maksud yang tersirat di dalamnya. Namun, ia dapat diihafal dengan mudah oleh orang dikurniakan nur oleh Tuhan ke dalam hatinya. 
- Hormatilah kitab AQ dan peliharalah sebaiknya dengan meletakkan AQ di tempat yang tinggi.

* Kaedah 5 - Difahami terlebih dahulu.

- Sesuatu yang difahami dengan jelas akan terpancar dengan terang di dalam minda dan hati. Kerana itu ia mudah diingat dan diulangi semula gambarannya.
- Seorang penghafal AQ yang memahami makna ayat-ayat yang dibacanya serta cara susunannya, kedudukan huruf dan barisnya, maka akan mudah baginya menghafal ayat-ayat itu menurut susunannya, kedudukan huruf dan barisnya, maka akan mudah baginya menghafal ayat-ayat itu menurut susunannya. Demikian juga halnya dengan perkara-perkara lain.

* Kaedah 6 - Fikiran dan hati yang tenang.

- Pilih mana yang paling baik untuk menghafal seperti waktu Subuh sebelum terbit fajar Siddiq, selepas solat Subuh, sebelum tidur malam, malam yang sunyi sepi, suasana sekitar yang tidak sibuk, waktu antara Maghrib dan Isyak, jauh daripada bunyi atau sesuatu yang mengganggu.

* Kaedah 7 - Selalu mengulangi.

- Antara kemuliaan dan keistimewaan penghafal AQ :
  1. Paling bahagia dan kaya di akhirat nanti.
  2. Diberi hak syafaat untuk 10 orang ahli keluarganya.
  3. Menjadi penghuni Syurga. InsyaAllah.
  4. Berada dalam rahmat Allah.
  5. Diberi ganjaran pahala mengikut setiap huruf yang dibacanya dengan balasan pahala yang berlipat kali ganda.
  6. Dianggap sebagai keluarga kesayangan Allah.
  7. AQ sendiri akan memberi syafaat kepada pembaca dan penggemarnya pada hari kiamat. 
  8. Dipakaikan mahkota pada hari kiamat.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...