28 January 2011

Indahkah pekerti seindah wajah?

Assalamualaikum. 

Selamat malam semua. Dah makan? Alhamdulillah. Diba pun baru lpas makan petang tadi. Petang tadi keluar ke pasar malam Kuala Kangsar sebab gerai yang selalu ada depan taman umah ni x buka pula. Maybe pakcik-pakcik tu berniaga kat pasar malam kot. Apalah kaitan pasar malam dengan tajuk atas ni kan? Tersasul lak Diba ni..Bukan apa, Diba teringat satu benda lepas solat Isyak tadi. Yela, keluar ke bilik air, mula la nak belek muka kat cermin ni. Mulut lak automatik akan baca doa tengok cermin. Dah terbiasa. Kenapa nak kena baca doa pula masa tengok cermin?

Macam ni, doa semasa tengok cermin ni adalah satu doa supaya Allah perelokkan akhlak kita sebagaimana Allah perelokkan rupa paras kita yang sempurna ni. Cermin dengan perempuan terutamanya sememangya tak dapat dipisahkan. Berapa lama masa yang selalu kita habiskan depan cermin? 15 minit? 10 minit? atau 5 minit? Takpun tak sampai berapa minit pun macam baba Diba:) Lepas tu pula, tak cukup dengan membelek muka depan cermin, selalunya kita akan mula membelek muka untuk bagi nampak kemas dan cantik. Dengan toner, pelembap muka, krim pencerah dan segala bagai. Okaylah tu. Cantik dan kemas tu kan Allah suka. Lepas tu, mulalah nak menempel bedak, mekap la, lilit tudung depan belakang..dan macam-macam lagi. Diba pun mekap gak tapi setakat pakai bedak je. Tak suka lebih-lebih sangat. Sampaikan setengah rakan-rakan Diba tu, kalau mengadap depan cermin boleh sampai 15 minit, solat pun mesti boleh lebih daripada tu lagi kan. Kadang-kadang secara tak sedar, kita tak tau depan cermin pun kita boleh lalai kan? Diba pun terleka kalo ngadap cermin. 

Selalu tak kita macam ni masa dok depan xcermin?

"Ya Allah! cantiknya aku ni !"

"Alamak, jerawat dah tumbuh lah"

"Eh, tadi takde lagi tompok hitam. Ni dah ade plak dah. Bila masanya ada ni x sedar lak"

"Isy, lens ni payah nak melekat kat mata pulak"


Ataupun begini?


"Subhanallah! elok lagi wajah aku ni. Terima kasih Ya Allah"

"Mudah-mudahan akhlak aku cantik macam muka aku ni.Ameen.."

"Eh, jerawat la. Takpe..yang penting akhlak aku kena elok"

Berbalik pada tengok cermin, adalah lebih baik kalau kita selalu amalkan doa semasa tengok cermin. InsyaAllah, kalau kita selalu amalkan macam mana kita amalkan doa-doa harian yang lain, kita dapat pahala.

Doa semasa tengok cermin macam ni:


اللَّهُمَّ كَمَا حَسَّنْتَ خَلْقِيْ فَحَسِّنُ خَلْقِيْ


“Ya Allah, sepertimana Engkau memperelokkan kejadianku, maka perelokkanlah akhlakku."

Mulai sekarang, jomlah kita sama-sama baca doa semasa tengok cermin. Mudah-mudahan Allah akan kurniakan akhlak dan pekerti yang baik sebagaimana Allah kurniakan kita dengan tubuh badan dan wajah yang begitu sempurna. Semoga kita sentiasa menghargai dan menjaga kurniaan Allah ini dengan sebaiknya. Ameen. Tiada guna juga kalau wajah cantik, tapi akhlak tak cantik.

P/s: Kadang-kadang pergi kelas pun tak sempat tengok cermin kalau dah terlewat masa tu.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...